top of page

PM Anwar bertemu ulama besar al-Azhar

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 36 minutes ago
  • 1 min read
DS Anwar bertemu Syeikh 'Abd al-'Aziz Ahmad al-Shihawi yang datang ke Malaysia
DS Anwar bertemu Syeikh 'Abd al-'Aziz Ahmad al-Shihawi yang datang ke Malaysia

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi ulama besar al-Azhar, Al-'Allāmah Syeikh 'Abd al-'Aziz Ahmad al-Shihawi al-Husaini al-Asy'ari al-Syafi'i.


Menerusi hantaran di Facebooknya, Anwar berkata, pertemuan bersama tokoh kelahiran al-Mahallah al-Kubra, al-Gharbiyyah, Mesir itu berlangsung di Kompleks Quran, Putrajaya pada petang semalam.


"Syeikh ‘Abd al-‘Aziz merupakan antara ulama besar Syafi‘iyyah di al-Azhar, selain menjadi Syeikh bagi Mashaikh Mazhab Imam al-Syafie serta Syeikh bagi Tariqah Shahawiyyah Burhamiyyah


"Syeikh merupakan ahli fiqh dan pengajar ilmu qiraat di al-Jāmi‘ al-Azhar yang tekun dengan tradisi talaqqi kitab turath. Kekuatan hafazan beliau luar biasa, termasuk menghafaz dalam pelbagai cabang ilmu agama, hadith dan qiraat al-Quran," katanya.


Menurut Perdana Menteri, pada pertemuan tersebut, Syeikh ‘Abd al-‘Aziz antara lain menitipkan pesanan mengenai tanggungjawab memelihara turath sebagai khazanah yang menghubungkan umat Islam dengan tradisi keilmuan yang panjang.

Ulama berkenaan, kata Anwar, turut menekankan bahawa antara keistimewaan al-Azhar ialah kekuatan isnad serta kesinambungan tradisi ilmu yang dipelihara secara turun-temurun.


"Dalam masa yang sama, teknologi baharu tidak harus ditolak, sebaliknya dimanfaatkan untuk mendokumentasi dan melestarikan khazanah itu.


"Moga Allah SWT memelihara Syeikh, mengurniakan kesihatan dan afiat, memanjangkan usia beliau dalam keberkatan, serta menjadikan ilmu yang dicurahkan sebagai amal jariah yang terus mengalir," tambah Anwar.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page