top of page

PM Anwar berjaya turun tarif AS, adakah calon PM PN mampu lakukan?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 1
  • 1 min read
ree

Kejayaan perbualan telefon antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan rakan sejawatnya Presiden Amerika Syarikat Donald J Trump sehingga tarif timbal balik yang dikenakan negara kuasa besar itu terhadap Malaysia diturunkan kepada 19% daripada 25% memperlihatkan kewibawaan dan skil perundingan Anwar.


Bagi ADUN Batu Uban, A Kumaresan (gambar), kemantapan skil berunding itu tiada tolok bandingnya apabila dalam seminggu PM berjaya mendamaikan Thailand dan Kemboja yang sedang berperang, dan mampu mengurangkan tarif AS tanpa menggugurkan dasar perlindungan kepada perusahaan kecil sederhana dan beberapa dasar perlindungan lain sebagai tukaran pengurangan tarif.


"Tahniah kepada PMX, Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim dan pasukan MITI kerana berjaya menurunkan tarif AS daripada 25% kepada 19%


"Ini adalah satu pencapaian yang signifikan untuk Malaysia. Jelas sekali, kemajuan sedemikian tidak mungkin berlaku tanpa kepimpinan yang kukuh dan kestabilan politik," katanya.


Sehubungan itu, berliau tertanya tanya adakah pembangkang mampunyai calon PM sehandal Anwar apabila mereka memulakan kempen 'Turun Anwar'.


Siapakah calon PM dari pembangkang yang boleh mengakhiri perang dan mengurangkan tarif, atau adakah pembangkang langsung tidak mempunyainya.


"Sebaliknya, pembangkang PN terus berkempen di bawah slogan “Turun Anwar”. Tetapi satu soalan utama masih belum terjawab


"Siapa yang mereka cadangkan untuk menggantikan Anwar?


"Adakah mereka mempunyai pemimpin yang berwibawa dan terkemuka, yang berkaliber seperti Anwar?" soal Kumaresan.


Untuk rekod, pembangkang PN pada 26 Julai lalu menghimpunkan 25,000 penyokong mereka di Kuala Lumpur dalam tunjuk perasaan Turun Anwar.


Terdapat para peserta yang membawa banner tertulis nama Ketua Pembangkang sebagai PM baharu, selain tokoh tokoh gagal seperti Muhyiddin Yassin, Azmin Ali dan Tun Mahathir Mohamad yang berpidato menggesa Anwar turun.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page