top of page

PM Anwar berdukacita pemergian abang, Idrus Ibrahim

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
8 hours ago
1 min read

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa dukacita atas pemergian abangnya, Idrus Ibrahim, yang meninggal dunia ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia, hari ini.


Anwar berkata, berita pemergian Allahyarham amat meruntun jiwanya, terutama kerana tidak sempat berada di sisi abangnya pada saat-saat akhir.


"Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, saya menerima khabar yang meruntun jiwa bahawa abang saya, Idrus Ibrahim, telah pergi buat selama-lamanya," katanya dalam hantaran di Facebook.


Menurut Anwar, kehilangan insan yang berkongsi begitu banyak kenangan sepanjang perjalanan hidup meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya dan keluarga.


"Sukar untuk saya ungkapkan rasa kehilangan ini apabila seorang sosok yang berkongsi begitu banyak kenangan sepanjang perjalanan hidup kini telah tiada, dan hanya Allah SWT yang tahu betapa beratnya hati menerima kenyataan ini," katanya.


Beliau turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak berkesempatan berada di sisi Allahyarham pada saat-saat terakhir, namun menerima pemergian itu dengan reda.


PM turut mengenang segala kebaikan dan kenangan bersama Allahyarham yang akan terus terpahat dalam ingatan keluarganya.


"Terima kasih atas segala kenangan dan kebaikan yang ditinggalkan dan semuanya akan kekal terpahat dalam ingatan dan hati kami," katanya.


Sehubungan itu, Anwar memohon orang ramai menitipkan doa buat Allahyarham Idrus Ibrahim agar mendapat keampunan dan rahmat daripada Allah SWT.


"Mohon teman-teman titipkan doa buat Allahyarham Idrus Ibrahim, semoga Allah SWT mengampuni segala khilafnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page