top of page

PM Anwar bakal hadir Konvensyen KEADILAN Kedah Jumaat ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 12
  • 1 min read

Konvensyen KEADILAN Kedah dijadualkan Jumaat ini bakal menjadi platform perancangan strategik bagi menetapkan hala tuju politik negeri itu.


Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kedah, Tunku Nashrul Abaidah berkata, konvensyen dijadualkan di Hotel Raia, Alor Setar itu bakal menghimpunkan pimpinan serta anggota dari seluruh negeri.


"Konvensyen ini akan dihadiri Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menyampaikan amanat sebagai panduan dan pengukuh semangat perjuangan kepada seluruh pimpinan serta anggota parti di negeri Kedah.

Tunku Nashrul Abaidah
Tunku Nashrul Abaidah

"Kehadiran beliau juga mencerminkan komitmen kepemimpinan tertinggi untuk terus memperkukuh KEADILAN di Kedah, di samping menegaskan keperluan politik berprinsip dan pembelaan yang berterusan terhadap kepentingan rakyat," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Mengulas lanjut Tunku Nashrul turut menegaskan, konvensyen itu bertujuan menyusun keutamaan perjuangan serta menyelaras gerak kerja parti secara lebih sistematik dan berfokus.


Selain itu ia menjadi ruang untuk ahli parti memperbaharui iltizam dalam memperjuangkan agenda reformasi, keadilan sosial serta pentadbiran yang adil, telus dan berintegriti.


"Langkah ini juga bertujuan meningkatkan keyakinan anggota dalam mendepani cabaran politik semasa dan mendatang, khususnya dalam mengukuhkan sokongan rakyat serta memperjuangkan tadbir urus yang berwibawa di negeri Kedah," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page