'PM ambil nasihat ulama, agenda MADANI disokong ulama'


Oleh: Akmal Manaf
Tindakan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumpulkan 10 ulama tersohor dan mengambil nasihat daripada mereka kelmarin mendapat pujian rakyat dan ahli politik.
Bagi mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni, tindakan umara mengambil nasihat ulama itu amat terpuji dan banyak dilakukan oleh khalifah khalifah sepanjang tamadun Islam Umaiyah dan Abbasiyah yang lalu.
Katanya, pendekatan mendekati golongan ulama dalam menerajui kepimpinan negara merupakan sesuatu amat baik dan wajar diteruskan.
Manakala kedatangan para ulama pondok dari seluruh negara termasuk ahli parti Pas dalam satu majlis tertutup itu, katanya, menggambarkan sokongan dan pengiktirafan yang jelas terhadap program serta agenda MADANI yang sedang digerakkan kerajaan.

''Kalau mereka tak sokong, pasti tak datang. Jadi ia adalah satu isyarat yang cukup jelas bahawa agenda MADANI ini mendapat sokongan dan dokongan ulama Malaysia dan dari seluruh dunia.
''Jika kita mengimbau kembali sejarah kegemilangan Islam pada zaman silam, para khalifah dalam kerajaan-kerajaan Islam terdahulu sentiasa mendampingi para ulama.
''Ulama dijemput ke istana, bukan sekadar sebagai tetamu, tetapi sebagai penasihat dalam urusan pentadbiran dan hal ehwal rakyat,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai pendekatan yang diambil oleh Anwar yang juga Presiden KEADILAN apabila mengumpulkan 10 orang ulama untuk memberi nasihat dan pandangan kepada beliau berkait pemerintahan.
Ustaz Zawawi dalam pada itu berkata, tindakan ulama yang setuju dan mempertahankan pentadbiran PM Anwar itu sepatutnya menjadi tauladan dan 'pendapat hukum' buat rakyat biasa bahawa tiada sebab yang munasabah untuk menjatuhkan beliau sebagai PM sebagaimana diusahakan oleh pembangkang PN sejak kebelakangan ini.




Overall, I feel like these kinds of discussions about involving ulama in political matters can get pretty complex. Honestly, I sometimes wonder how much influence they really have in shaping policies. I came across this site while researching, and it made me think about how these alliances are formed — https://wnbcasino.de. Seems like, at least to me, the details of these interactions aren’t always as clear-cut as they appear on the surface.