top of page

PM akan rasmikan Hawana di Kucing - Fahmi

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 15, 2024
  • 1 min read

ree

Perdana Menteri dijadual akan merasmikan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di Kuching, Sarawak pada 27 Mei ini.


Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, HAWANA di Kuching akan berlangsung pada 25 - 27 Mei itu turut menjemput wakil wakil media dari negara Asia Tenggara untuk sesi dialog.


"PM akan merasmikan acara kemuncak HAWANA pada 27 Mei.


"Saya menjemput rakan media untuk acara ini. Untuk tahun ini kita membuka ruang kepada rakan media dari rantau Asia Tenggara untuk perbincangan sebagai antara langkah persediaan menuju kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun hadapan," katanya dalam sidang media di Putrajaya, petang tadi.


Fahmi berharap dengan adanya sesi dialog itu hubungan yang lebih erat bersama rakan media dari rantau Asia Tenggara akan dapat dicapai dan memantapkan lagi kebebasan media dan dari segi aktiviti kewartawanan di rantau ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page