top of page

PM akan bentang Kajian RMKe-12 di Dewan Rakyat minggu hadapan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 9, 2023
  • 1 min read


Dasar dan inisiatif yang bakal diumumkan semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) di Dewan Rakyat tidak akan hanya berdasarkan pandangan kementerian-kementerian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, dasar dan inisiatif berkenaan juga akan berpandukan kepada permasalahan, keperluan dan keutamaan rakyat, komuniti perniagaan serta kesemua negeri.


"KSP RMKe-12 adalah satu lagi tindakan Kerajaan dalam menjelmakan agenda Ekonomi MADANI yang saya usulkan.


"Ia adalah dokumen kebijakan yang signifikan dalam menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara yang seimbang dari segi pemikiran, spiritual dan material berteraskan nilai-nilai MADANI.


"Saya yakin KSP RMK12 ini akan dapat memacu pertumbuhan Malaysia yang lebih seimbang dan mapan di masa hadapan," katanya.


Perdana Menteri sebelumnya menerima dokumen KSP RMK-12 daripada Menteri Ekonomi Rafizi Ramli sebagai simbolik sempurnanya sesi penyediaan dokumen Kajian Separuh Penggal RMKe-12 oleh Kementerian terbabit.


Beliau dijangka akan membentangkan kajian itu ke Dewan Rakyat pada Isnin hadapan.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page