top of page

PM adakan perjumpaan khas bersama Ahli Parlimen komuniti India



Rakyat semakin dapat melihat usaha demi usaha yang dilakukan Kerajaan Perpaduan dalam menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini.


Dengan beban hutang yang diwarisi dari kerajaan terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebolehnya mahu memastikan masalah yang sudah berlarutan sejak sekian lama dapat diselesaikan secepat mungkin termasuk dalam kalangan masyarakat India yang disifatkan antara kaum yang paling miskin di Semenanjung.


Cita cita Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dikongsikan Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) Datuk Ramanan Ramakrishnan yang hadir semalam dalam perjumpaan itu.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata Perdana Menteri memaklumkan telah membuat satu kajian mengenai hala tuju masyarakat India di negara ini dalam usaha menjaga kebajikan kaum itu bagi jangka masa panjang.


"Dalam pertemuan satu jam itu, Perdana Menteri telah memberi maklumat agak terperinci dan apa keinginan beliau terhadap pemimpin masyarakat India.


"Isu Mitra pun dibangkitkan, kami telah selesai satu taklimat kepada Perdana Menteri dan hantarkan laporan kami," jelasnya.


Tambah Ramanan, pada pertemuan itu Anwar telah mendengar semua pandangan pemimpin India, yang meliputi pelbagai perkara selain turut membincangkan isu berkaitan pendidikan, kemiskinan, kewarganegaraan dan Pelan Tindakan Masyarakat India.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page