top of page

PKPD: Golongan menengah di Wangsa Maju tertekan, perlukan bakul makanan


Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang masuk setengah bulan dan sebelum itu sebulan dibelenggu PKP di mana peniagaan kurang penting diarah tutup menyebabkan semakin banyak rakyat memerlukan bantuan keperluan asas.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai, hal itu amat dirasai di Parlimen Wangsa Maju, di ibu kota sejak sebulan kebelakangan ini.


Katanya, menanggapi situasi mendesak itu Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew telah memulakan 'Program Food Basket' yang dikelolakan oleh KEADILAN Wangsa Maju untuk memenuhi permintaan yang semakin banyak.


"Dalam tempoh singkat, lebih daripada 2,000 permohonan bantuan makanan dibuat daripada rata-rata kesemua kawasan daerah mengundi di Parlimen Wangsa Maju


"Adalah biasa kita menerima permintaan bantuan makanan di kawasan rumah kos rendah seperti PPR Gombak Setia, Bandar Baru Wangsa Maju (Flat Seksyen 1 & 2) dan Flat Danau Kota.


"Namun untuk PKP 3.0, kita dapati permohonan 'luar biasa' daripada kawasan rumah teres bertingkat seperti di Wangsa Melawati dan Taman Ibukota," ujarnya.


Ketua Cabang Wangsa Maju, Andre Lai

Beliau yang juga Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan berkata, melalui tinjauan yang dibuat kebanyakkan pemohon berkenaan telah kehilangan sumber pendapatan dan simpanan bank pula semakin berkurangan.


Katanya, ada di kalangan mereka tinggal di rumah yang selesa, tetapi status yang dikatakan elit tidak lagi membawa apa-apa makna apabila ekonomi negara yang menjunam akibat kegagalan kerajaan mengawal jangkitan pandemik.


"Semasa ahli politik dalam Kerajaan Perikatan Nasional membuat percaturan politik masing-masing, pemimpin KEADILAN saban hari berusaha untuk mengharungi kekangan rakyat yang kesempitan dalam kehidupan. Untuk rakyat jelata, tidak ada lagi jurang yang ketara, tidak kira apa latar belakang atau status masing-masing.


"Walaupun berdepan dengan ancaman pandemik, sering kali NGO dan parti politik pembangkang khususnya KEADILAN lah yang sentiasa kehadapan.


"Sumbangan mencurah masuk ke pejabat pembangkang tetapi dedikasi daripada pihak kerajaan tidak kelihatan. Tidak kira vaksinasi, PKP atau bantuan meringangkan beban rakyat, tidak ada iltizam yang dapat disempurnakan oleh pihak pemerintah," katanya lagi.


Semua yang berlaku, kata Andre, amat sukar untuk dilupakan oleh rakyat Malaysia.


Beliau mengulang ungkapan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, "Pandemik yang melumpuhkan negara akan menjadi ingatan bersama generasi ini untuk tahun-tahun mendatang."



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page