top of page

PKP sukarkan penuntut IPT terkandas di ibu kota


Semenjak pandemik Covid 19 bermula pada tahun lalu para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menjadi mangsa kepada 'pembukaan dan penutupan' pusat pengajian secara tidak berjadual.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai, keadaan itu turut menjejaskan penuntut di IPT swasta yang menetap di sekitar kawasan Parlimen Wangsa Maju, di ibu negara Kuala Lumpur.


Katanya, jika sebelum ini para pelajar boleh melakukan kerja sambilan bagi mendapatkan wang tambahan untuk membeli peralatan pembelajaran atau wang saku, kini tidak lagi mempunyai peluang sedemikian.


Jacky memberi sumbangan makanan kepada pelajar IPT

Sehubungan itu, katanya, banyak penderma tampil menghulurkan sumbangan kepada penuntut yang 'terkandas' itu bagi mengurangkan beban keluarga mereka.


"Beberapa bulan ini, ramai penderma telah tampil memberi sumbangan kepada para pelajar.


"Di kawasan ini, Jacky Tan, timbalan pengerusi ‘Student Representative Council’ TARC telah menerima banyak bantuan dan berterima kasih kepada para penderma dari seluruh Wangsa Maju.


"Ada yang menderma makanan asas, ada dalam bentuk kotak makanan dan sedikit sebanyak sumbangan ini dapat mengurangkan beban para pelajar," kata Andre.


Menurut Pegawai Khas Ahli Parlimen Wangsa Maju itu lagi, Jacky yang juga merupakan aktivis Angkatan Muda KEADILAN (AMK) bersama Harcharan Singh, Ketua AMK Wangsa Maju sejak beberapa bulan ini telah terlibat dalam program menjaga kebajikan para mahasiswa.


Katanya, pelajar-pelajar dari luar kawasan, kebanyakkan menuntut di Taman Bunga Raya, Taman Desa Setapak dan Taman Danau Kota turut dibantu.


Dalam pada itu, Andre sekali lagi menyeru agar kerajaan mempercepatkan temujanji vaksinasi kepada penduduk Wangsa Maju dengan harapan untuk mencapai ‘herd immunity’ secepat mungkin.


"Sekiranya vaksinasi penduduk dapat dipercepatkan, saya harap sektor ekonomi dapat dibuka kembali dan anak-anak muda kita tidak lagi kebuluran," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page