PKP Selangor: KPM perlu putuskan sekolah diteruskan atau tidak - PH


Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan ibu bapa pelajar.


Bagi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH) kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepatutnya mengumumkan keputusan sama ada meneruskan sesi persekolahan, menutup sekolah dan menjadual semula pelajar-pelajar yang menghadapi peperiksaan penting di kawasan terlibat PKP.


"Sehingga hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia masih belum memaklumkan tentang kedudukan sekolah-sekolah dalam

kawasan yang dikenakan PKP mulai 6 Mei 2021.


"Adakah sekolah-sekolah di bawah kawasan PKP akan ditutup serta-merta atau ia akan diteruskan sehingga cuti Hari Raya bermula?


"Pengumuman dengan kadar segera perlu dilakukan oleh pihak KPM memandangkan ada sekolah-sekolah yang sedang

melangsungkan Peperiksaan Pertengahan Tahun.


"Pengumuman awal daripada KPM akan memudahkan urusan pihak sekolah untuk menyusun semula jadual peperiksaan dan

mengekalkan fokus para murid," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.


Menurut jawatankuasa itu lagi, pengumuman awal ini akan membantu pihak ibu bapa menyusun semula pengurusan keluarga memandangkan jika sekolah ditutup pastinya ibu bapa perlu mencari pihak yang akan menjaga anak mereka.


Persoalan seterusnya, kata jawatankuasa ialah bagaimana proses pergerakan murid yang akan pulang ke rumah dari asrama masing-masing.


"Kedudukan tutup atau buka sekolah ini menyebabkan proses pergerakan murid pulang ke rumah masing-masing juga kabur.


"Adakah ibu bapa yang perlu mengambil anak mereka dari asrama akan diberikan pelepasan merentas daerah dan negeri sempena

pelaksanaan PKP kali ini memandangkan PKP dikuatkuasakan di musim perayaan?


"Jika pihak kerajaan membenarkan ibu bapa mengambil anak-anak mereka, pihak Jawatankuasa Pendidikan PH mencadangkan supaya

hanya pihak sekolah sahaja mengeluarkan surat makluman pengambilan anak di asrama sebagai bukti apabila merentas daerah dan

negeri nanti.


"Penggunaan surat makluman itu membolehkan ibu bapa tidak perlu hadir ke balai polis untuk mendapatkan kelulusan rentas daerah

dan negeri memandangkan ia mengambil masa yang lama," kata mereka lagi.


Justeru, Jawatankuasa Pendidikan PH berharap KPM lebih bersikap proaktif dalam memaklumkan tentang pelbagai isu yang berbangkit bagi memudahkan urusan sekolah, murid dan ibu bapa.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PH Dr Maszlee Malik, Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN), Teo Nie Ching (DAP) dan Datuk Dr Hasan Baharom (Amanah)



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
1638
3
1449
Total
349,610
1286
333,892

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
634,746
6,993
432,526
Total
130,914,490
2,852,527
105,374,969

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER