top of page

PKP berterusan, semakin banyak penduduk Wangsa Maju diagih bakul makanan


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlarutan sejak 2 bulan lalu menyebabkan semakin banyak penduduk di Parlimen Wangsa Maju, Kuala Lumpur memerlukan bantuan bakul makanan.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai, situasi itu menyebabkan mereka berkerja keras untuk memenuhi permintaan penduduk terutama di kawasan perumahan kos rendah seperti di Teratai Mewah dan Taman Setapak Indah Jaya.


Katanya, Ranting KEADILAN Teratai Mewah telah membuat penyelarasan untuk menghantar Bakul Makanan Parlimen kepada penduduk yang telah memohon.


Namun oleh kerana kes Covid 19 meningkat di sana, kata beliau, pengagihan terpaksa dibuat di siar kaki awam di hadapan kedai runcit Anandur, Jalan Langkawi melalui pengelolaan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Teratai Mewah, Krisnakumar Ganesan.


"Semenjak program Bakul Makanan dibuka, tidak kurang daripada 300 sumbangan dibuat di kawasan sekitar JDM Teratai Mewah yang merangkumi Setapak Indah Jaya dan Danau Kota.


"Bertambah pula dengan kadar pengganguran yang tinggi, ramai penduduk merasai keperitan hidup di samping berdepan kadar jangkitan Covid 19 semakin menular.


"Bakul makanan yang juga mempunyai bungkusan pelitup muka, diharap dapat membantu penduduk mengharungi kekangan hidup buat masa ini," katanya.


Beliau yang juga pegawai Khas Ahli Parlimen Wangsa Maju berharap agar imuniti kelompok dapat dicapai secepat mungkin supaya ekonomi dapat dibuka


"Bantuan makanan walaupun berbentuk sementara, tetapi diharap dapat mengurangkan beban keluarga buat masa sekarang," katanya lagi


Jelas beliau, permohonan Bakul Makanan Parlimen Wangsa Maju masih dibuka. Penduduk Wangsa Maju boleh membuat pendaftaran di no hotline 011 - 6219 1775 atau pautan https://tinyurl.com/wmfoodbank2021

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page