top of page

PKP 4.0: Kerajaan perlu beri bantuan secukupnya tampung kehidupan rakyat


Mesyuarat untuk memutuskan sama ada kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau tidak, diadakan hari ini.


Namun majoriti rakyat rakyat tidak menolak total lockdown untuk menghindari jangkitan Covid 19 yang semakin meluas.


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulai, Faezuddin Puad, PKP 4.0 itu sekiranya dilaksanakan sepatutnya tidak jauh berbeza daripada PKP 1.0 pada Mac 2020 lalu.


Terutama, apabila rakyat dikurung di rumah maka kerajaan katanya, perlu menanggung keperluan hidup mereka dan menyediakan subsidi gaji serta moratorium pinjaman bank agar kehidupan rakyat terjamin selepas PKP.


"Jika kita lihat reaksi rakyat di bawah, kebanyakannya bersetuju dengan pelaksanaan PKP penuh dan lebih ketat. Mereka rela berkorban tidak keluar rumah dalam tempoh yang pendek asalkan kes Covid-19 dapat dikurangkan.


"Namun kerajaan perlulah lebih peka dan sensitif dengan kesan yang bakal dihadapi rakyat jika PKP menyeluruh benar-benar dikuatkuasakan. Kerajaan wajib umum bantuan kepada rakyat sebelum mengurung mereka


"Kerajaan juga perlu menyalurkan bantuan kewangan kepada sektor-sektor ekonomi yang bakal terjejas," katanya.


Oleh yang demikian, Penyelaras DUN Kempas itu membariskan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional bagi menyelesakan kehidupan rakyat sepanjang PKP 4.0 dikuatkuasakan.


Katanya, kerajaan wajib menyediakan moratorium pinjaman bank automatik selama 6 bulan atau sepanjang PKP, bantuan tunai setiap bulan, subsidi upah kepada sektor ekonomi terpilih, bantuan bakul makanan, pengeluaran mudah i-Sinar 2.0 atau i-Lestari 2.0, potongan cukai kepada individu dan syarikat, bantuan kewangan kepada peniaga-peniaga kecil dan pemberian alat bantu kepada pelajar PdPR.


"Saya harap jangan ada satu golongan rakyat atau sektor ekonomi tertinggal dalam perancangan kerajaan kali ini. Mahu atau tidak, kerajaan tetap perlu menyelamatkan kedua-duanya iaitu nyawa rakyat dan ekonomi," katanya.


Faezuddin juga mengingatkan agar sebarang keputusan perlulah bersifat mengutamakan rakyat. Terutama mengenai PKP dan Prosedur Standard Operasi yang ketat.


Katanya, tidak ada guna melakukan PKP berulang kali sebagaimana PKP 2.0 dan 3.0 namun hasilnya Covid semakin merebak.


"Pelaksanaan PKP 2.0 separuh masak, SOP mengelirukan rakyat dan darurat ala Muhyiddin yang sekadar menggantung Parlimen telah gagal membendung penularan jangkitan Covid-19," katanya lagi.


Beliau berharap, PKP kali ini akan memutuskan terus rantaian virus Covid 19 dan disusuli program vaksinasi dan mengakhiri serangan Covid di Malaysia yang masuk tahun kedua.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page