top of page

PKP 2.0 bukti kerajaan gagal tangani Covid-19

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Jan 12, 2021
  • 1 min read


Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal menangani penularan Covid-19.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata pelaksanaan semula PKP akan menyebabkan rakyat terbeban dan terus menderita.


"PKP sekali lagi menunjukkan kegagalan dalam banyak perkara. Kegagalan sesetengah industri untuk menyediakan kemudahan tempat tinggal yang lebih baik untuk pekerja asing.


"Kegagalan sesetengah individu untuk mematuhi SOP dan paling penting kegagalan kerajaan untuk melaksanakan dasar yang betul pada masa yang betul," katanya.


Bagaimanapun, Sim berharap rakyat akan dapat mengharungi PKP dengan baik seperti sebelum ini.


"Saya harap kita semua dapat belajar dari kesilapan dan lebih tabah menghadapi PKP 2.0.


"Kita berjaya harungi PKP pertama, kita boleh lakukannya! Stay positive, stay home, stay safe!" katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page