top of page

PKORM, PKRNJ rai ulang tahun ke-27 gerakan Reformasi di Johor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 17
  • 2 min read

Saiman Omar (kiri) bersama Mustapa dalam majlis potong kek ulang tahun Reformasi di Johor
Saiman Omar (kiri) bersama Mustapa dalam majlis potong kek ulang tahun Reformasi di Johor

Oleh: Akmal Manaf


Dengan semangat dan kenangan perjuangan yang penuh liku, Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM) dan Persatuan Kebajikan Reformis Negeri Johor (PKRNJ) telah mengadakan sambutan memotong kek pada Hari Malaysia lalu sebagai simbolik penghargaan dan penghormatan terhadap segala usaha dan pengorbanan reformis dalam mengerakkan perjuangan reformasi sejak 2 September 1998.


Pengerusi PKRNJ, Saiman Omar berkata mengikut perancangan asal, pihaknya mahu meraikan ulang tahun ke-27 Otai Reformis bersama Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut berada di Johor Bahru (JB).


Saiman yang lebih dikenali sebagai Wak Samsons bagaimanapun memaklumkan, Anwar tidak dapat menghadiri majlis tersebut atas faktor kekangan masa.


''Sebagai mengingati perjuangan reformasi-reformasi selama ini, Otai Negeri Johor sebenarnya telah menyediakan sebiji kek untuk kita raikan bersama-sama PM Anwar pada semalam dalam satu majlis yang diadakan di JB.


''Malangnya, dengan kesibukan PM Anwar, hajat Otai Reformis Negeri Johor tidak kesampaian,'' katanya ketika memberikan ucapan dalam majlis yang diadakan di sebuah restoran di Rengit pada keesokan harinya.


Menurut Wak Samsons, meskipun hajat untuk meraikan bersama PM Anwar tidak kesampaian, namun sambutan tetap ceria dengan kehadiran otai-otai reformis dari Kuala Lumpur, JB, Rengit dan Simpang Renggam sambutan diteruskan.


''Inilah tanda penghargaan dan kesetiaan kita bersama-sama parti untuk meneruskan perjuangan reformasi di masa akan datang.


''Semoga dengan adanya majlis ini, Otai Reformis dan restoran yang menjadi lokasi pertemuan kami, sama-sama mendapat keberkatan,'' katanya lagi.


Dalam majlis sama, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM), Mustapa Mansor Amer Mohd Isa yang turut hadir menyifatkan angka '27' merupakan satu tempoh yang singkat memandangkan sebahagian rakan seperjuangan telah meninggal dunia atau berada dalam keadaan uzur

Mustapa Mansor Amer Mohd Isa
Mustapa Mansor Amer Mohd Isa

Bagaimanapun, Mustapa atau dikenali sebagai Pak Mus, menegaskan bahawa semangat untuk membela tanah air dan meneruskan perjuangan gerakan Otai Reformis, sama ada dalam atau di luar parti, akan tetap diteruskan.


''Jadi saya ucapkan taniah kepada Wak Saiman yang telah menyediakan kek yang sangat bererti ini.


''Kita raikan dengan rasa syukur ke hadrat Allah kerana kita masih lagi dipanjangkan umur untuk melihat detik bersejarah ini, bukan sahaja kek, tapi PM Anwar juga adalah dari rumah reformasi,'' katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page