top of page

PJ Old Town: Selangor bangunkan kawasan lama, baharu - MB

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 13, 2023
  • 2 min read


Kerajaan Negeri membangunkan kawasan lama dan baharu di Selangor, termasuklah Petaling Jaya yang dianggap kawasan matang kerana telah berpuluh tahun dibangunkan.


Hal itu ditegaskan oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dalam ucapan beliau ketika merasmikan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Petaling Jaya, pagi tadi.


"Kita berada di kawasan yang matang. PJ Old Town boleh dianggap kawasan matang di Selangor kerana menerima limpahan dan pembangunan awal sebaik Kuala Lumpur (KL) dibangunkan dan Petaling dianggap bandar satelit KL.


"Di tempat lain ia dibangunkan pada 1980an dan 1990an. Tetapi Petaling dibangunkan sejak 1960an sehingga hari ini. Pembangunan memberi kesan baik kepada penduduk dan sampai keadaan sekarang kita mahu melakukan pembangunan semula bandar.


"Kerajaan Selangor sentiasa memperbaharui pelan kita. Contohnya bulan Ogos tahun lalu kita membentangkan Rancangan Selangor 1. Kita ada empat pilar dan salah satunya adalah kelestarian," katanya.


Bagi kawasan lama seperti Petaling Jaya, Subang dan Shah Alam yang kedudukkanya berdekatan atau bersempadan dan telah pun bergelar bandaraya, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri mempunyai pelbagai perancangan bagi meremajakan pembangunan di kawasan tersebut untuk bersaing dengan kawasan pertumbuhan baharu.


"Untuk kawasan PJ, Subang, Shah Alam ini telah sedia dibangun dan mempunyai tarikan penduduk yang paling besar di Malaysia yang harus kita kekalkan.


"Jadi saya membangkitkan untuk menggabungkan beberapa elemen urustadbir supaya pengurusan di kawasan ini baik, pantas, cepat dan komprehensif. Iaitu 3 bandar yang kita gabungkan dan antara kita mula bangunkan bas Smart Selangor dan kutipan parking lot (digital atau atas talian)


"Kita telah menunjukkan kebolehlaksaan program smart city. Berkenaan peluang pekerjaan dan keusahawanan ini telah kita perhatikan," katanya.


Namun kata Amirudin, untuk golongan B40 Kerajaan Negeri akan terus membela mereka. Apatah lagi katanya banyak lot lot kedai di Petaling yang mempunyai status tanah pajakan 99 tahun dan hampir menuju ke titik penghujung menjalankan perniagaan kecil kecilan.


Bagi mengelakkan peniaga kecil itu terbuang daripada arus perdana Pertaling Jaya, katanya, Kerajaan Negeri telah menyediakan pelan penyambungan pajakan tanah kepada mereka yang tidak membebankan memandangkan nilai hartanah yang amat tinggi di kawasan berkenaan.


"Bagi perniagaan kecil B40, Kerajaan Negeri sedang mempersiapkan satu formula supaya penyambungan ini tidak melibatkan kos yang besar.


"Ini kes sudah tamat 99 tahun nak disambung unit unit komersial, perniagannya adalah perniagaan kecil kecilan," katanya lagi.


Melalui Rancangan Selangor 1 juga pelbagai corak pembangunan telah dirancang dan hal itu lebih mudah dilaksanakan katanya, apabila Kerajaan Persekutuan pula adalah dari gabungan yang sama.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page