top of page

PJ Lestari: Pelihara sejarah, alam sekitar - Chean Chung



Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung berharap kawasan parlimen berkenaan yang memiliki antara penempatan terawal di Selangor akan dipelihara dari segi sejarah.


Beliau berkata demikian ketika majlis perasmian Pusat Khidmat Ahli Parlimen Petaling Jaya pagi tadi.


Katanya, khusus PJ Old Town, perlu program tertentu diusahakan untuk menarik pelancong kerana usia bangunan dan sejarahnya yang sinonim dengan pembangunan pesat Selangor sejak merdeka.


"Pusat khidmat ini sebenarnya mengambil sedikit masa untuk lengkap kerana mengambil masa dalam proses ubah suainya, kerana kita cuba mengekalkan rekabentuk asal.


"Pintunya masih pintu lama, zaman 1960an, tingkapnya masih yang lama. Dan itu usaha kita untuk mengekalkan sejarah di PJ Old Town.


"Untuk makluman PJ Old Town adalah sebuah pekan yang begitu meriah tetapi makin menua. Makin ramai warga emas. Saya juga ingin mengajak kunjungi PJ Old Town sebagai tempat bersejarah. Antara tempat pertama penempatan di Petaling Jaya


"Pada masa sama saya harap kita boleh adakan program untuk perkenalkan sejarah dengan kerjasama ahli majlis dan ADUN," katanya.


Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia itu tidak menafikan kawasan Petaling Jaya yang dijaganya amat luas dan akan berusaha menyediakan kaunter perkhidmatan bergerak bagi penduduk yang jauh daripada pusat khidmat di jalan Othman tersebut.


Selain itu, Chean Chung juga menetapkan tema pusat khidmatnya sebagai PJ Lestari yang ada 4 teras utama di dalamnya.


"Ada 4 teras PJ Lestari, pertama untuk menangani isu perubahan iklim. Kedua, pengangkutan awam, saya akan memperjuangkan pengangkutan awam di PJ agar kita boleh kurang bergantung kepada kereta, kurang pembebasan karbon, ketiga latihan TVET kepada anak muda, saya kumpulkan korporat untuk beri CSR latihan kepada anak muda bagi mempersiapkan mereka dalam bianag automotif dan tenaga boleh perbaharui. Keempat pula masyaralat harmoni di peringkat akar umbi," katanya lagi.


Pusat Khidmat Parlimen tersebut dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page