top of page

Pinjaman cagaran KWSP: Puluhan ribu pencarum telah memohon

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 14, 2023
  • 1 min read

ree

Pinjaman secara mencagarkan sejumlah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) biar pun dikritik pihak pembangkang namun telah mendapat sambutan amat baik dalam kalangan pencarum.


Berdasarkan angka yang dikeluarkan bank MBSB, untuk bank itu sahaja sekitar 65,000 permohonan pinjaman telah dibuat.


Daripada jumlah berkenaan, berdasarkan catatan di laman web MBSB, 30,000 permohonan layak dengan nilai pinjaman sebanyak RM638.5 juta.


Bagi yang berminat untuk memohon, pencarum ditawarkan pinjaman peribadi antara RM3,000 ke RM50,000 yang mana semua ahli KWSP berumur 40 sehingga 54 tahun layak memohon skim berkenaan.


Mereka juga disyaratkan mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2.


Selain bank MBSB, Bank Simpanan Nasional (BSN) juga dilaporkan mempunyai perkhidmatan pinjaman tersebut.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page