top of page

Pindaan RUU Penagih Dadah: ‘KDN cari jalan tengah’ - Saifuddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 18, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil jalan tengah meminda Rang Undang-Undang (RUU) Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 bagi memastikan penguatkusaan baharu itu benar-benar berkesan kepada golongan berkenaan.


Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu termasuk membuat perbezaan tafsiran antara penagih dadah atau bahan bagi meluaskan skop rawatan dan pemulihan kepada golongan berkenaan.


"KDN mengambil jalan tengah di bawah 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Merbahaya yang mana mengambil dadah atau bahan secara kecil-kecilan tidak dianggap sebagai jenayah. Tetapi perbuatan itu berbahaya kerana melibatkan unsur penawaran jadi kita tetap menganggap ia sebagai elemen jenayah.


"Namun keutamaan kita kepada pindaan ini merujuk kepada mereka yang datang secara sukarela untuk mendapatkan rawatan jadi perkara yang kita utamakan," katanya bagi menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Jelasnya, setakat ini Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK) mempunyai 30 pusat pemulihan narkotik selain 56 pusat pemulihan dadah persendirian.


Pada 11 Julai lepas, Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 yang dibentang untuk bacaan kali kedua, ditangguhkan dan dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan untuk pandangan lanjut.


Saifuddin berkata, penangguhan rang undang-undang itu dibuat memastikan akta tersebut benar-benar berkesan selain membolehkan lebih banyak sesi libat urus dengan pihak berkepentingan untuk mengenal pasti rawatan terbaik bagi penagih dadah.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page