top of page

Pindaan RUU Akta Perlindungan Saksi dibentang ke Parlimen Jun depan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 22
  • 1 min read


Kerajaan dijangka akan membentangkan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan Akta Perlindungan Saksi pada sidang Parlimen Jun depan.


Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, ada keperluan mendesak kepada pindaan itu kerana penangguhan kes mahkamah yang melibatkan perlindungan saksi yang berlarutan boleh menjejaskan keadilan.


"RUU Perlindungan Saksi ini isu kita yang paling besar. Ada beberapa saksi itu disimpan dalam beberapa tahun, itu sebab saya nak maklum, kalau kes-kes tersebut di bawah senarai perlindungan saksi, ia perlu menjadi keutamaan untuk diselesaikan segera.


"Itu harapan saya, kalau tidak, tak masuk akal kita kategorikan dalam perlindungan saksi," katanya dipetik.


Azalina berkata begitu kepada pemberita di Majlis Santunan Mesra Aidilfitri anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, JPM, di Putrajaya pada Isnin.


Sementara itu menurutnya, turut akan dibentangkan ialah RUU Insolvensi Rentas Sempadan 2025, RUU Bantuan Guaman dan Perkhidmatan Pembela Awam (gantikan Akta Bantuan Guaman 1971), serta pindaan Akta Pengantaraan 2025.


Mengulas mengenai RUU Insolvensi Rentas Sempadan, beliau memaklumkan bahawa pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan menteri undang-undang dan kehakiman dalam kalangan negara-negara ASEAN untuk mendapatkan input berkaitan.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page