Pindaan MA63 hasil perjuangan KEADILAN, pembangkang - Abun Sui Anyit



Pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang meletakkan Sarawak setaraf Semenanjung serta mengiktiraf MA63 seiring Perjanjian Persekutuan 1948 dan Perjanjian Persekutuan 1957 tidak wajar diambil kredit secara berlebihan oleh Gabungan Politik Sarawak (GPS)


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, GPS diketahui umum tidak banyak berusaha memperjuangkan MA63. Manakala perjuangan ke arah mengiktiraf MA63 di sisi Perlembagaan lebih banyak dilakukan oleh KEADILAN dan parti parti pembangkang lain di Sarawak.


Katanya, malah percubaan untuk meminda Perlembagaan pertama kali pada 2019 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mendapat sokongan GPS.


Usaha itu, katanya, diteruskan dalam Memorandum Kerjasama (MoU) antara PH dan Kerajaan Persekutuan yang ditandatangani pada 13 September lalu, yang meletakkan salah satu fokus kepada pindaan Perlembagaan MA63.


"Presiden Parti KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan blok PH hakikatnya sudah lama memperjuangkan isu MA63 untuk rakyat Sarawak dan Sabah.


"Isu MA63 turut merupakan agenda utama dalam MoU anyara blok PH dengan kerajaan PN pada bulan September lalu.


"Walau bagaimanapun, kita harus ingat pada tahun 2019, apabila kerajaan PH berusaha untuk membuat pindaan MA63, blok GPS telah menolak pindaan tersebut.


"GPS gagal memberikan alasan munasabah di atas penolakkan tersebut. Namum pada hari ini, ahli parlimen GPS yang sama menyokong pindaan tersebut setelah isu ini banyak diperjuangkan oleh pemimpin KEADILAN dan PH. Ahli Parlimen GPS tidak harus mempermainkan isu MA63 demi kepentingan sendiri," katanya dalam satu kenyataan.


Bagaimanapun, Abun Sui tetap menyambut baik pindaan yang berjaya dilakukan pada 14 Disember lalu.


Cuma tambah beliau, pindaan tersebut jangan dipergunakan oleh rejim yang rakus dan korup untuk terus menekan rakyat Sarawak dan memperkayakan pemimpin elit dan kroni sebagaimana sebelum ini.


"Kuasa MA63 harus diberi kepada rakyat untuk memperkasakan komuniti akar umbi dan bukan di tangan pemimpin yang hanya menjaga kepentingan sendiri


"Selama lebih 5 dekad, kekayaan Sarawak telah dimonopoli oleh beberapa keluarga pemimpin, kroni dan tauke balak. Sarawak amat kaya dengan sumber semulajadi dan tanah yang luas. Namun ia adalah antara tempat yang paling miskin di Malaysia.


"Sarawak juga sering dibelenggu projek sakit dan terbengkalai terutamanya dalam pembinaan klinik, hospital dan sekolah. Walaupun rakyat dijanji peruntukan berbilion-bilion untuk pembangunan, namun selepas masa 10 atau 20 tahun, projek-projek tersebut terus gagal diselesaikan," katanya sinis.


Sehubungan itu, Abun Sui berharap selepas ini kerajaan Sarawak akan diterajui oleh pemimpin yang lebih bersih, telus dan cekap membangunkan penduduk peribumi agar mengecap kemajuan yang setaraf dengan Semenanjung.


"Peruntukan berbilion ringgit setiap tahun yang datang dari hasil Sarawak dan cukai pendapatan rakyat adalah duit rakyat yang harus digunakan untuk membangunkan Sarawak dengan cekap termasuk menyediakan infrastruktur asas seperti air yang bersih, elektrik, membaik pulih klinik kesihatan dan sekolah daif.


"Dewan Undangan Sarawak juga harus membentangkan audit dengan segera yang melaporkan belanjawan untuk semua projek sakit serta syarikat-syarikat yang telah gagal untuk menepati jadual projek.


"Langkah ini akan memastikan kuasa MA63 dikembalikan kepada rakyat Sarawak dan bukan digunakan sebagai tirai untuk terus dengan monopoli ‘state resource capture’ sebuah regim yang gagal dan korup," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER