top of page

Pindaan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air bakal dibentangkan



Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) atau Akta 465 dijangka akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat yang dijadual bermula 9 Oktober hingga 30 November ini.


Perkara itu dimaklumkan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad pada sesi taklimat Rang Undang-undang SPAN dan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling di Kuala Lumpur pada Jumaat.


Jelasnya, pindaan tersebut akan melibatkan 10 peruntukan sedia ada dan dua tambahan yang bertujuan memperkasa dan memudahkan perjalanan SPAN dari segi kewangan, memendekkan tempoh khidmat anggota suruhanjaya serta meminimumkan kuasa menteri.


"Kita berhasrat untuk memendekkan tempoh maksimum jawatan anggota jawatankuasa dari 10 tahun ke enam tahun... kita juga mahu meminimumkan kuasa menteri, kita nak ia (suruhanjaya) 'bring out' dari kementerian," katanya dipetik.


Dua peruntukan tambahan tersebut melibatkan penggunaan logo dan representasi suruhanjaya, serta memberikan kuasa penuh kepada suruhanjaya untuk menentukan syarat perkhidmatan pekerja dan peraturan berkenaan tatatertib.


Nik Nazmin sementara itu turut memberitahu, selain pindaan Akta 465, kementeriannya juga turut akan dibentang ialah Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM5,000 sehingga RM10 juta dan penjara mandatori tidak melebihi lima tahun bagi kesalahan pencemaran dan pelepasan sisa minyak serta sisa buangan.


Rang Undang-Undang itu juga akan menaikkan nilai kompaun daripada RM2,000 kepada tidak lebih 50 peratus daripada jumlah penalti maksimum yang diperuntukkan bagi beberapa kesalahan.


"Pindaan itu memberi isyarat jelas bahawa kerajaan serius dalam usaha mengawal pencemaran alam sekitar dan mengurangkan pelepasan gas rumah kaca," jelasnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page