top of page

Pindaan Akta 333 pemandu mabuk bayar pampasan dibentang tahun depan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
1 hour ago
1 min read
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook

Kerajaan MADANI dijangka membentangkan RUU Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) pada sesi Parlimen awal tahun depan.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan dasar berhubung cadangan bagi mewajibkan pesalah memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah membayar pampasan kepada mangsa kemalangan itu sudah dipersetujui Jemaah Menteri.


Draf pindaan tersebut kini menurutnya sedang disediakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara (AGC).

"Proses penyediaannya masih berjalan dan akan mengambil sedikit masa kerana kita perlu mengambil kira banyak aspek teknikal," katanya dipetik laporan media.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 pada Jumaat lalu, dilaporkan berkata Akta 333 akan dipinda.


Menurutnya, sebanyak 28 kematian akibat kemalangan membabitkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah direkodkan sehingga Ogos tahun ini.


Mengulas lanjut mengenai pindaan tersebut, Loke berkata ia bertujuan menggabungkan proses jenayah dan tuntutan sivil supaya mahkamah boleh memutuskan bayaran pampasan kepada mangsa dalam prosiding kes berkaitan.


Ketika ini jelasnya pemandu yang melakukan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah boleh didakwa melalui proses jenayah, namun mangsa perlu memfailkan tuntutan sivil secara berasingan untuk mendapatkan pampasan.


Beliau berkata cadangan pindaan itu turut mengambil kira prinsip diyat dalam undang-undang Islam yang merujuk kepada pemberian pampasan kepada mangsa atau waris.


"Kerajaan berharap pendekatan ini dapat memudahkan mangsa memperoleh pampasan sewajarnya, sekali gus memastikan proses keadilan dilaksanakan dengan lebih berkesan," jelasnya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page