top of page

Pinda PPKB: Kerajaan mudahkan peniaga kecil guna gas bersubsidi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 2 min read

Oleh: Akmal Manaf


Keputusan Kerajaan Madani meminda Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 2021 bagi memudahkan peniaga kecil menggunakan gas memasak bersubsidi membuktikan komitmen berterusan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam melindungi rakyat marhaen dan pada masa sama memastikan subsidi disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak.


Itu reaksi Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar ketika ditanya tentang pindaan itu yang menyaksikan peniaga kecil di negara ini boleh terus menggunakan Gas Petroleum Cecair (LPG) bersubsidi tanpa perlu memohon permit khas.


Melalui pindaan baharu yang sedang dipertimbangkan itu ujarnya, kerajaan akan mengambil kira keperluan sebenar peniaga mikro dan kecil bagi memastikan kelangsungan mereka tidak terjejas.


"Pendekatan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk melindungi golongan peniaga kecil sambil memastikan subsidi dinikmati oleh golongan yang benar-benar layak," katanya ketika dihubungi Suara Keadilani.


Mengulas mengenai peniaga nasi lemak, goreng pisang dan air balang dilindungi itu, katanya, kerajaan telah memberi jaminan bahawa golongan berkenaan tidak akan terkesan secara negatif susulan langkah penguatkuasaan subsidi gas memasak.


Beliau berkata, melalui pelaksanaan Operasi Gas Memasak (GASAK), kerajaan memberi tumpuan kepada peniaga besar dan pihak industri yang menyeleweng serta menyalahgunakan LPG bersubsidi yang sepatutnya dinikmati pengguna domestik.


"Saya bersetuju tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang 'mencuri subsidi rakyat'.


"Pindaan kepada PPKB juga akan mengambil kira realiti dan keperluan harian peniaga kecil demi menjamin keadilan dalam pelaksanaan dasar subsidi negara," kata beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden KEADILAN.


Untuk rekod, isu larangan penggunaan gas bersubsidi melebihi 42kg atau melebihi 3 tong pada satu satu masa dipolitikkan oleh pembangkang kononnya kerajaan telah mengubah dasar dan mendera rakyat berpendapatan rendah dengan memaksa mereka menggunakan gas LPG bertong ungu dengan harga pasaran yang dua kali ganda daripada harga subsidi.


Bagaimanapun, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Ops Gasak yang dilakukan lebih kepada perniagaan besar dan industri. Tiada saman dikenakan kepada peniaga kecil atau makro.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page