top of page

Pinda Perlembagaan: Kerajaan akan putuskan isu dua kewarganegaraan



Pemberian kewarganegaraan kepada anak ibu warganegara Malaysia dan ayah warga asing yang lahir di luar negara bakal mengahdapi persoalan dua kewarganegaraan.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, idea asal penubuhan jawatankuasa mengkaji pindaan Perlembagaan adalah respons kepada kes mahkamah yang membenarkan hak warganegara diwarisi daripada ibu dan bukan hanya bapa seperti difahami sebelumnya.


"Sebab itu diminta warganegara melalui kuatkuasa undang undang iaitu Perkara 14. Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan masing masing buat keputsuan. Di sini tempat penggubal undang undang," katanya dalam menjawab soalan tambahn daripada Ahli Parlimen Wee Ka Siong (BN - Ayer Hitam).


Mengenai persoalan apakah hak kewarganegaraan itu akan diberi secara automatik atau berdasarkan kes demi kes Saifuddin berkata satu garis panduan akan dibuat mengenainya.


"Apakah permohonan case by case atau retrospektif atau kita letakkan satu garis?


"Sekarang jawatankuasa mengesan dia ada beberapa kesan dari keputuan itu. Bila seorang dapat taraf warganegara maka negara bertanggungjawab melindunginya dalam segala hal dan dia pula bertanggungjawab kepada negaranya.


"Saya beri contoh seorang anak yang lahir di luar negara, dia juga sudah memegang warganegara (warisan) bapanya, ibunya memohon di mahkamah (untuk warganegara Malaysia). Kalau kita beri secara automatik dia akan ada dua warganegara," katanya


Menurut Saifiddin lagi, dari segi gender perjuangan menyamatarafkan kewarganegaraan diwariskan dari ibu telah berjaya namun negara tidak mengiktiraf 2 kewarganegaraan itu, sebagaimana Perkara 24 dan 25 Perlembagaan.


"Hal ini mesti kita harmonikan sebelum kita membuat keputusan besar, lulus di sini, lulus Dewan Negara, dapat perkenan Raja raja.


"Pindaan bukan hanya terkait Jadual 2, masukkan ibu atau bapa.


"Ikhtiar sekarang pinda Bahagian 3 secara keseluruhan di bawah Perkara 14, 15, 16, 19 dan 30.


"Progresnya bagus, dari segi pemakaiannya kita akan bentangkan untuk mendapat input Ahli Parlimen," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page