top of page

Pimpinan wanita KEADILAN kongsi sumbangan Krismas di Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 27, 2024
  • 1 min read

Ketua Wanita KEADILAN Sabah, Noriha Yakup menyampaikan sumbangan Krismas bagi pihak pimpinan MPP, Raiyan Rahim kepada seorang pastor gereja di Tenom.
Ketua Wanita KEADILAN Sabah, Noriha Yakup menyampaikan sumbangan Krismas bagi pihak pimpinan MPP, Raiyan Rahim kepada seorang pastor gereja di Tenom.

Krismas tahun ini dimeriahkan dengan sumbangan kewangan oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Raiyan Abdul Rahim kepada Ketua-Ketua Wanita Negeri Sabah untuk program bantuan di kawasan masing masing.

Ketua Wanita Libaran agih sumbangan
Ketua Wanita Libaran agih sumbangan

Menurut satu kenyataan, sebanyak 26 Cabang KEADILAN Sabah menerima sumbangan daripada Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN itu bertujuan membantu Ketua Ketua Wanita KEADILAN menjalankan aktiviti menyantuni anggota parti dan rumah ibadat sempena sambutan Hari Krismas.


"Sumbangan terus dimasukkan terus ke akaun Ketua-Ketua wanita pada 22 Disember lalu bagi memudahkan Ketua-Ketua Wanita menjalankan aktiviti Krismas di kawasan masing-masing," kata Ketua Penerangan Wanita Keadilan Negeri Sabah, Junaidah Makku.


Katanya, Ketua Ketua Wanita Negeri Sabah mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan pemimpin Wanita KEADILAN Pusat itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page