top of page

Pimpinan utama PH Plus dijemput bincang hala tuju perjuangan blok pembangkang


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi mandat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk menjemput kesemua ketua-ketua parti pembangkang atau dikenali sebagai PH Plus untuk berbincang menentukan hala tuju perjuangan pembangkang di Malaysia.


Menurut kenyataan Majlis Presiden hari ini, perbincangan tersebut juga bertujuan untuk menjemput parti-parti pembangkang berkenaan menyertai atau bekerjasama dengan PH secara rasmi.


"Hal ini selaras dengan ketetapan Pemukiman Kepimpinan PH di Port Dickson pada bulan April yang menyatakan keterbukaan Pakatan Harapan berunding dan bekerjasama serta menggembleng seluruh tenaga di bawah konsep ‘Khemah Besar’ demi memantapkan blok pembangkang yang merangkumi 105 Ahli Parlimen.


"Pertemuan tersebut antara lain akan membincangkan isu-isu politik semasa serta persiapan bagi menghadapi sidang Parlimen yang bakal bermula 6 September, dengan kemungkinan satu sidang khas diadakan lebih awal untuk membahaskan usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri serta mengisi kekosongan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ekoran peletakan jawatan Datuk Seri Azlina Othman Said," kata kenyataan berkenaan.


Kenyataan Majlis Presiden itu juga menegaskan fokus utama PH adalah ke arah menjadi Pembangkang yang berkesan dengan mengutarakan kritikan, teguran, syor dan pandangan yang membina serta bertanggungjawab, selain membentangkan cadangan alternatif yang bersesuaian kepada dasar-dasar Kerajaan, terutama berkait usaha menangani Covid-19, menghidupkan semula ekonomi, serta menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat.


"PH akan mengutamakan reformasi institusi termasuk Parlimen, reformasi fiskal, reformasi perundangan termasuk Undi 18 dan Akta Anti Lompat Parti, penambahbaikan Pelan Pemulihan Negara, serta menegaskan kebebasan sistem kehakiman yang tidak patut dikacau ganggu oleh mana-mana pihak.


"PH juga akan pertimbang jemputan PM baru Datuk Seri Ismail Sabri untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 demi memastikan ia dibuat secara ikhlas untuk menangani pandemik dan kemelesetan ekonomi serta bukan sekadar tangkap muat atau menjadi ‘rubber stamp’ kepada pandangan Kerajaan semata-mata," kata kenyataan itu lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page