top of page

Pimpinan KEADILAN P Pinang lapor polis siasat ‘Langkah Dubai’



Oleh: Abdullah Zaid


Pimpinan KEADILAN Pulau Pinang membuat laporan polis bagi menyiasat Ahli Parlimen pembangkang yang didakwa terlibat untuk menjatuhkan Kerajaan Madani.


Ketua Angkatan Muda (AMK) negeri, Muhammad Fadzli Roslan berkata, laporan itu juga turut melibatkan pimpinan Wanita KEADILAN negeri, Penerangan Pulau Pinang dan wakil Cabang Permatang Pauh.


"Laporan polis dilakukan bagi menyiasat gerakan yang didakwa sedang diusahakan oleh beberapa orang Ahli Parlimen Pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia Madani pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Ia berikutan pendedahan oleh seorang penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa terdapat gerakan bersungguh-sungguh beberapa Ahli Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan


Jelas Fadzli, gerakan ‘pintu belakang’ itu jelas tindakan tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja mengganggu gugat sistem demokrasi berparlimen malah katanya, bersifat sia-sia kerana Akta Anti Lompat Parti telah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 2022 lalu.


Justeru, katanya, KEADILAN Pulau Pinang yakin bahawa komplot yang didalangi beberapa orang Ahli Parlimen pembangkang merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan sabotaj kepada kestabilan dalam negara.


"Tindakan mereka hakikatnya boleh memudaratkan demokrasi berparlimen, menimbulkan keresahan dan mencetuskan ketidaktenteraman awam. Cubaan untuk mewujudkan ketidakstabilan politik yang boleh mengancam keselamatan negara mesti digagalkan.

"Oleh itu, kami meminta pihak Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat gerakan ini yang sangat jelas bertentangan dengan Seksyen 124B dan Seksyen 124C Kanun Keseksaan," ujarnya lagi.

0 comments

Σχόλια


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page