top of page

Pilihanraya PBT bukan pertimbangan, keutamaan kerajaan



Oleh: Abdullah Zaid


Isu pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bukanlah perkara yang sedang diberi pertimbangan oleh Kerajaan Perpaduan pada masa ini.


Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil berkata pilihanraya PBT kurang sesuai buat masa ini dan polemik mengenainya tidak wajar diteruskan.


Mengulangi pendirian Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, beliau berkata, fokus Kerajaan MADANI ialah membangunkan semula ekonomi negara selain mengutamakan kebajikan rakyat.


"Isu pilihanraya tempatan (PBT) tidak pernah dibincangkan dan saya rasa tidak perlu dipanjangkan lagi kerana (telah) dinoktahkan, bukan keutamaan.


"Sebaliknya, perkara yang perlu diutamakan ialah fokus kita kepada ekonomi, untuk menbangunkan rakyat yang terpukul hebat akibat daripada pandemik Covid-19," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Makan Malam Perdana dan Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pekida Malaysia 2023, IDCC, Shah Alam, malam tadi.


Terdahulu, dilaporkan Pengerusi DAP Kuala Lumpur, Tan Kok Wai menggesa kerajaan memulakan pilihanraya PBT di ibu negara terlebih dahulu bagi menyemarakkan demokrasi di Wilayah Persekutuan.


Jelasnya, pengenalan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan.


Sementara itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan menjelaskan cadangan pelantikan bukan Islam sebagai anggota Jawatankuasa Khas Mengkaji Bidang Tugas Mahkamah Syariah (JKMBTMS) oleh Ahli Parlimen DAP Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) telah diperjelaskan Setiausaha DAP, Anthony Loke sebagai salah faham.


"Selain itu, saya sendiri sebagai Ahli Parlimen dan Menteri Komunikasi telah berkomunikasi dengan individu tersebut menyampaikan pandangan supaya berhati-hati, kerana kita tidak mahu salah faham (dalam kalangan orang Islam).


"Jadi percayalah bahawa Kerajaan yang ada pada hari ini tegas dalam menegakkan syiar Islam dan mempertahankan hak Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan," tegasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page