Lompat parti: Pilihan Raya Kecil solusi terbaik bagi wakil rakyat - Nik Nazmi



Cadangan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) atau pilihan raya pecat ahli politik yang melompat parti perlu diutarakan secara serius oleh sama ada Ahli Parlimen kerajaan mahu pun pihak pembangkang.


Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, cadangan tersebut perlu dijadikan undang-undang bagi membolehkan seseorang Ahli Parlimen yang mahu melompat parti meneruskan hasratnya, tetapi perlu menghadapi semula pengundi sama ada beliau akan kekal diberi kepercayaan mewakili kawasan atau sebaliknya


"Banyak pandangan telah timbul dalam perbincangan keperluan Akta Lompat Parti. Saya sendiri telah memberi pandangan bahawa saya cenderung membenarkan mana-mana Ahli Parlimen menukar parti dengan syarat, PRK diadakan untuk menentukan sama ada pengundinya tetap mahu Ahli Parlimen tersebut, atau mahu parti asal wakil rakyat tersebut.


"Rasionalnya ini mengimbangi kebebasan berpersatuan dengan menghormati mandat pengundi. Saya juga berpandangan ada masa dan ketika di mana seorang Ahli Parlimen merasakan parti yang dianggotai olehnya sudah lari dari perjuangan dan mandat yang diberikan, maka beliau perlu membuat keputusan meninggalkan parti tersebut," katanya dalam catatan di Facebook.


Menurut Nik Nazmi lagi, sebelum ini undang-undnag Anti Lompat Parti di peringkat negeri telah dicabar dan kalah di mahkamah kerana bertentangan dengan Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan.


"Sebelum ini ada kes Nordin Salleh lawan DUN Kelantan, di mana Mahkamah Agung pada 1992 memutuskan undang-undang menghalang lompat parti di Kelantan dan Sabah tidak sah dan bertentangan dengan kebebasan berpersatuan dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Sistem pilihan raya di negara kita masih lagi mengamalkan sistem ‘first-past-the-post’ sebagaimana di United Kingdom, yang mana pengundi hanya memilih wakil rakyat. Sejauh mana sokongan itu untuk wakil rakyat tersebut, atau parti yang dianggotainya tidak diukur


"Di Jerman dan Indonesia misalnya, pilihan raya di sana membezakan pilihan untuk parti dan calon individu.


"Maka mengadakan PRK dan membolehkan wakil rakyat itu bertanding semula adalah tindakan terbaik bagi mengembalikan pilihan ini kepada rakyat," katanya lagi.


Undang-undang Anti Lompat Parti sedang giat diperjuangkan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan mungkin mendapat sokongan daripada paksi pembangkang berdasarkan kerjasama kerajaan - pembangkang yang kini terjalin.


Cuma pemerhati politik berpendapat undang-undnag tersebut perlulah tidak melanggar Perlembagaan dan sesuai dengan situasi politik Malaysia semasa sebelum mendapat sokongan bi-partisan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER