top of page

'Pilih YB bantu rakyat, jangan bazirkan masa 3 tahun jadi pembangkang'



Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap diingatkan agar tidak memberikan undi kepada wakil pembangkang yang tidak mampu menyelesaikan masalah mereka.


Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata, wakil rakyat pembangkang tidak sebagaimana Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang dahulu.


Katanya, wakil pembangkang sering berdalih tidak mempunyai peruntukan untuk mengelak membantu rakyat kesusahan di kawasan mereka.


"Kalau kita undi yang sebelah sana, saya khuatir dia jadi macam yang kat Permatang Pauh. Kat Permatang Pauh, walau kita hormat keputusan pilihanraya (PN menang) tetapi masalahnya ... la ni Bukit Mertajam, pusat khidmat palimen saya dah jadi Pusat Khidmat Parlimen Bukit Mertajam campur bantu Permatang Pauh


"Kenapa? Sebab sejak saudari Nurul Izzah tidak dipilih di sana... dulu boleh cari Nurul minta bantu. La ni bila nak cari wakil rakyat tak jumpa. Bila jumpa dia cakap apa? Tak ada peruntukan, saya pembangkang. Macam macam alasan sebab tak mau bantu rakyat," katanya dalam ceramah grand finale di Puteri Gunung malam ini.


Steven Sim yang juga Menteri Sumber Manusia menempelak alasan tiada peruntukan sebagai dalih untuk lari daripada tugas.


Katanya, ketika PH menjadi pembangkang wakil rakyat mereka tetap membantu rakyat walau dalam keadaan serba kekurangan.


"Jangan sekali kali mereka guna alasan, depa pembangkang tak dapat bantu rakyat. Ketika saya dan Nurul jadi pembangkang kerajaan PN satu sen pun dia tak bagi waktu pandemik Covid 19, tetapi di Bukit Mertajam saya mampu beri 600 buah laptop kepada anak Bukit Mertajam.


"Hang wakil rakyat, gaji berpuluh ribu tak kan rakyat nak minta RM50 - RM100 untuk lepas minggu ini hang tak mampu tolong? Nak bawa suara rakyat ke majlis perbandaran hang tak mampu buat, jadi wakil rakyat buat apa?" tanyanya.


Oleh itu, Steven Sim mahu pengundi di Sungai Bakap memilih dengan bijaksana di kotak undi pada esok hari.


"Jadi esok pilihan kita satu, yang mampu jaga pelbagai kaum di Sungai Bakap dan kedua yang betul betul mampu jaga kebajikan rakyat. Jangan kita buang masa 3 - 4 tahun untuk orang yang tak mampu buat semua ini," katanya.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page