top of page

Pilih wakil rakyat kerajaan, mudah perolehi peruntukan pembangunan



Pengundi Melayu dinasihatkan untuk memilih wakil rakyat daripada komponen parti Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini bagi memudahkan kerajaan Selangor menyalurkan peruntukan pembangunan.


Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari berkata, kawasan di sebelah utara Selangor terutamanya amat perlu memilih ADUN dari gabungan Kerajaan Perpaduan selepas mereka melantik Ahli Parlimen Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 lalu.


"Saya merayu pengundi Pantai Barat Utara (Selangor), Sungai Besar, Sabak Bernam (dan kawasan berdekatan), oleh kerana dalam PRU lepas Ahli Parlimen adalah PN maka adalah sukar bagi Kerajaan Negeri untuk berkhidmat kepada masyarakat sekiranya ADUN juga dari pembangkang (PN).


"Biasanya isu pembangunan dibawa oleh ADUN atau Ahli Parlimen kerajaan. Biasanya pembangkang tidak hadir dalam mesyuarat pembangunan negeri. Kalau hadir pun suara mereka tidak didengari sangat. Misalnya kalau minta bajet negeri bangunkan kawasan mereka.


"Kedua, peruntukan (pembangunan) diberi kepada YB kerajaan. Sekarang YB pembangkang tidak ada peruntukan, yang ada pun bajet pentadbiran sahaja.


"Macam mana nak tolong. Contohnya pihak sekolah jumpa YB minta bantuan atau surau tetapi pembangkang tak ada peruntukan," kata Yaakob yang pernah menjawat sebagai ADUN di Selangor selama dua penggal.


Oleh sebab ketiadaan peruntukan, katanya, Ahli Parlimen pembangkang yang menang pada PRU 15 lalu sehingga kini kurang turun padang untuk mengetahui masalah rakyat.


Hal itu, katanya perlu dielakkan oleh pengundi dalam PRN kali ini.


"Sekarang Ahli Parlimen tidak turun kawasan kerana mereka tiada perutukan, jika ADUN (pula kelak) tidak ada peruntukan maka mereka tidak boleh khidmat kepada komuniti," katanya.


Selain itu, Dr Yaakob yang mengumumkan PH - BN telah melepasi majoriti pagi tadi tetap merayu kepada rakyat agar beramai ramai keluar mengundi 12 Ogos, Sabtu ini.


Manakala beliau turut menyeru jentera KEADILAN, PH dan BN untuk bekerja lebih keras bagi mencapai majoriti 2/3 DUN Selangor.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page