top of page

Pilih pemimpin bantu parti, santuni anggota bawahan - Azman

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 23
  • 2 min read


Menjelang pemilihan KEADILAN Mac hingga Mei 2025 anggota parti dinasihatkan untuk memilih pemimpin yang bekerja keras memperkuat parti.


Hal itu dinyatakan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Azman Abidin.


Menurutnya, pemimpin seharusnya sentiasa mengambil berat kebajikan parti di peringkat akar umbi dan tidak hanya turun menyantuni anggota pada musim pemilihan.


"Saya nasihatkan anggota parti pilih pemimpin yang membantu parti. Bekerja untuk parti, tengok kita, santuni anggota parti, turun ke bawah, jangan last minute turun.


"Anggota kita di negeri pembangkang pula perlukan sokongan," katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam KEADILAN Wilayah Persekutuan 2025 di Wisma KTC, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, malam tadi.


Bagi Azman yang juga Ketua Cabang KEADILAN Bandar Tun Razak, tiada masalah sekiranya pengorbanan kepada parti tidak menempatkan seseorang menjadi calon dan menang kerusi ADUN atau parlimen.


Perkara yang penting, katanya, adalah memastikan parti menang pilihanraya dan boleh memerintah.


"Daripada tahun 1999, yang paling getir 2004, kita tinggal satu kerusi (Permatang Pauh). 2004 ke atas semua pejabat cabang ditutup. Hanya Permatang Pauh dan Bandar Tun Razak yang buka, selain ibu pejabat.


"Saya Ketua Cabang (Bandar Tun Razak), sampai sekarang. Bagi saya parti kena diangkat dahulu kerana parti memperjuangkan rakyat, kita nombor kedua. Itu tak ada masalah. Berapa penggal pun (jadi Ketua Cabang) kita tak jadi calon, itu bukan kita kejar.


"Yang penting (kalau) dapat jadi Menteri, timbalan, apa sahaja jawatan tinggi, jangan lupa parti yang angkat kita," katanya.


Mengulas makan malam yang dianjurkan KEADILAN Wilayah Persekutuan itu, katanya, majlis berkenaan adalah untuk mengumpul derma dan akan digunakan bagi mengukuhkan parti menjelang pilihanraya akan datang.


"Hari ini dalam sejarah KEADILAN Wilayah kita buat program sebesar ini. Tak pernah lagi sejak saya sertai parti 26 tahun KEADILAN negeri buat begini besar.


"Ini kerana rakyat yakin pada kita. Jadi kita dapat kumpul lebih daripada sasaran dan kita akan guna dana tersebut kukuhkan lagi KEADILAN Wilayah," katanya.


Justeru Azman mengucapkan terima kasih kepada anggota KEADILAN yang merancang majlis malam itu sehingga berjaya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page