top of page

PH tubuh jawatankuasa bersama bi-partisan kekang pandemik Covid 19



Semangat bi-partisan atau tidak mengira kepentingan politik diperlukan untuk menjayakan Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19.


Mantan Menteri Kesihatan Malaysia berkata, bagi mengekang wabak Covid 19 yang semakin memburuk Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa bernama Pakatan Harapan Immunisation Taskforce


"Jawatan kuasa ini akan dipengerusikan oleh saya, Dr Dzulkefly Ahmad dan dianggotai oleh wakil tiga-tiga parti dan semua Exco Kesihatan negeri-negeri Kerajaan Pakatan Harapan.


"Tujuan penubuhan Taskforce Vaksin ini adalah untuk membantu menyakinkan dan menjayakan Program Imunisasi Covid-19 oleh kerajaan, samada kerajaan negeri PH mahupun Kerajaan Pusat dengan semangat bi-partisan.


"Jawatankuasa ini juga akan mengembleng tenaga semua wakil-wakil rakyat PH membantu dalam  Komunikasi Strategik tentang manfaat vaksin Covid-19, membenteras fahaman anti-vaksin dan koordinasi perlaksanaan imunisasi di kawasan Parlimen dan DUN masing-masing.


"Juga libat urus dengan pakar perubatan, golongan berkepentingan (stakeholders) dan NGO dengan kaedah "whole society approach" dalam memantau dan menjayakan perlaksanaan Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, PH maklum terhadap kesukaran dan kesulitan mengendalikan program imunisasi secara menyeluruh dalam masa yang singkat. Kejayaan atau kegagalan program imunisasi, kata Dr Dzul akan menentukan kesihatan rakyat, keupayaan kapasiti kesihatan dan pemulihan ekonomi negara.


"Demi kepentingan rakyat dan masa depan negara, PH melangkau jurang politik untuk bekerjasama dengan kerajaan. Kami harap langkah ini akan menyakinkan rakyat dalam menerima immunisasi.


"Kami juga ingin menyeru Kerajaan Pusat dengan semangat bi-partisan melibatkan wakil-wakil PH dalam Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).


"Penglibatan wakil PH dalam JKJAV akan menghantar mesej kepada rakyat bahawa Pelan Imunisasi Kebangsaan melangkau politik dan mendapat sokongan seluruh negara," katanya lagi.


Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor itu, anggota PH Immunisation Taskforce termasuklah Dr Lee Boon Chye (Bekas Timbalan Menteri Kesihatan), Dr Kelvin Yii (Bandar Kuching), Dr Mohd Hatta Ramli (Lumut), Sim Tze Tzin (Bayan Baru), Dr Ong Kian Ming (Bangi), Dr Siti Mariah Mahmud (Exco Kesihatan Selangor), Dr Norlela Ariffin (Exco Kesihatan Pulau Pinang) dan Veerapan (Exco Kesihatan Negeri Sembilan).


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page