top of page

PH tidak tarik diri, MoU penting lulus RUU Akta Anti Lompat Parti - Fahmi



Persoalan rakyat bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak lagi 'bertaring' kerana masih meneruskan memorandum kerjasama (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan walaupun BN dan PN terbelit pelbagai skandal mempunyai alasan di sebaliknya, iaitu demi memastikan kesejahteraan politik negara.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, MoU diteruskan kerana PH memerlukan sokongan BN dalam meluluskan Rang Undang Undang (RUU) Anti Lompat Parti.


Katanya, RUU itu sangat penting bagi mengembalikan keyakinan pengundi untuk melantik kerajaan pada Pilihan Raya Umum akan datang.


Tanpa RUU berkenaan, kerajaan berisiko beroperasi setengah jalan sebelum dijatuhkan, dan dasar atau janji perubahan tidak akan berjaya dilaksana.


"Orang tanya kenapa kerajaan gagal. Ada macam macam skandal termasuk kes saham Azam Baki tetapi PH masih ada MoU dengan pihak kerajaan?


"Saya jelaskan, hari ini Datuk Seri Wan Junaidi umum kerajaan akan bentangkan satu RUU untuk menghalang Ahli Parlimen dari lompat parti dan ini akan dibentang bermula 28 Februari nanti


"Antara perkara penting MoU 18 September tahun lalu adalah RUU Anti Lompat Parti yang dipersetujui kerajaan dan PH, dan ini mesti dilaksana pada mesyuarat pertama (Dewan Rakyat) 2022," katanya.


Tambah Fahmi, biar pun rakyat tidak sedar, namun MoU tersebut telah berjaya menyelesaikan 13 daripada 18 janji yang disepakati ketika ditandatangani dahulu.


"Setakat hari ini 13 daripada 18 perkara sudah selesai, atau 72% daripada MoU telah siap. Selesai RUU Anti Lompat Parti bermakna 14 perkara siap.


"Tetapi RUU ini paling penting untuk demokrasi negara kita bagi mengelakkan Langkah Sheraton atau yang sepertinya berlaku kepada rakyat. Rakyat tak mahu masa depan Malaysia tidak menentu dan tak perlukan langkah seperti itu daripada berulang," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page