top of page

PH tidak pernah pertikai Agong, tapi siapa yang pegang mandat rakyat? - Anwar


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menjelaskan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak sedikit pun mempertikaikan tindakan Yang di-Pertuan Agong mengenai pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mahupun pelantikan jemaah menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa pertikaian tersebut bersandarkan kepada mandat rakyat.


"Keabsahan kerajaan, kita tak pertikai tindakan Agong melantik Perdana Menteri, jemaah menteri ataupun proses undang-undang itu sendiri. Yang kita pertikai adalah peraturan dan etika politik.


"Memang ada mandat sebelum ini, tapi mandat bukan pada ahli parlimen tapi mandat adalah pada parti, janji yang jelas dan mandat itu beri kemenangan kepada PH, itu tidak dipertikai," katanya di Dewan Rakyat.


Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mengakui secara terbuka mengenai pengkhianatan dalam PH, dan menyindir kumpulan yang diketuai Azmin Ali yang tidak sabar-sabar untuk meninggalkan gabungan politik itu.


"Yang dapat dokongan tidak dipertikai, soal dapat sokongan majoriti kita tak pertikai, soal pengkhianatan pun tidak dipertikai.


"Memang benar ada khianat. Tiga hari sebelum berlaku pengkhianatan, di depan saya, mereka terpekik terlolong nak pertahankan Langkawi (Mahathir) bermati-matian sampai habis penggal.


"Tiga hari lepas itu, mereka lompat macam katak. Yang lain tak bersangkutan itu janganlah terasa sangat," katanya.


Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar dalam hujahnya cuba melaga-lagakan PH dengan mendakwa bahawa terdapat dua usul berbeza mengenai calon Perdana Menteri dari pembangkang, namun Anwar sebaliknya mengusik Noh.


"Kita sebut soal pengkhianatan, itu bermaksud orang yang khianat kami, yang saudara nak terasa kenapa?" soal Anwar sambil tersenyum.


Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim juga cuba mengeruhkan lagi hubungan antara Anwar dan Mahathir dengan meminta Anwar bersetuju bahawa perpecahan PH berpunca daripada Mahathir, namun Anwar enggan terjerat dengan sebarang desakan Azeez.


"Saya mahu melihat ke hadapan. Saya mahu maju sebagai satu pasukan dan mahukan perubahan di negara.


"Gaduh pasal sejarah ini sudah tidak perlu. Saya sendiri sudah hadapi pelbagai derita dalam hidup, tidak ada orang laluinya macam saya," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page