top of page

PH rakan kongsi terbaik laksana agenda reformasi - Azalina

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
May 10, 2023
1 min read


Pemimpin UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said mendedahkan beliau selesa bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).


Bercakap pada sesi meja bulat yang anjuran Bersih yang diadakan di Parlimen semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) itu turut mengakui PH adalah rakan kongsi yang lebih sesuai melaksanakan agenda reformasi berbanding parti atau gabungan politik lain.


"Ada agenda biasa tertentu yang boleh kita usahakan bersama.


"Saya merasakan secara peribadi, sebagai penasihat undang-undang parti (UMNO) ketika itu, apabila kita bercakap mengenai kerajaan campuran, saya merasakan PH lebih baik untuk reformasi.


"Mereka lebih memahami konsep reformasi," katanya.


Pada 2019, UMNO pernah mengadakan kerjasama politik dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN).


Namun pada 2022 kerjasama itu terkubur setelah Pas didakwa melanggar syarat yang ditetapkan oleh UMNO, iaitu parti tersebut perlu meninggalkan Bersatu jika mereka mahu kekal bekerjasama.


Sementara itu, Azalina secara peribadi berkata beliau lebih suka bekerjasama dengan PH berbanding parti lain yang disifatkannya "lebih konservatif" daripada UMNO.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page