top of page

PH Pulau Pinang bentang usul kekosongan tiga kerusi DUN, termasuk Afif Bahardin


Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang akan membentangkan usul mengosongkan tiga kerusi DUN negeri itu, setelah tiga ADUN PH mengalihkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).


Tiga kerusi tersebut terdiri daripada dua ADUN Bersatu iaitu ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan ADUN Teluk Bahang, Zolkifli Md Lazim serta ADUN KEADILAN iaitu ADUN Seberang Jaya, Afif Bahardin.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, usul itu boleh dibuat berdasarkan Seksyen 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.


"Mengikut undang-undang, mana-mana ahli yang berhenti menjadi ahli parti yang diwakilinya semasa pilihan raya atas apa juga alasan perlu mengosongkan kerusinya.


"Justeru, kerajaan negeri akan membentangkan usul untuk mengosongkan kerusi ahli yang terlibat bagi pertimbangan DUN pada sidang akan datang.


"Tindakan dua ADUN Bersatu yang jelas menyokong kerajaan PN bercanggah dengan pendirian Bersatu Pulau Pinang dan PH, jadi mereka kini bukan lagi dianggap sebagai sebahagian kerajaan PH," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.


Kon Yeow yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang berkata, Majlis Pimpinan PH menarik balik segala hak dan kelayakan mereka sebagai ADUN kerajaan negeri, dan tindakan sama turut dikenakan terhadap ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin, selepas keahlian partinya digantung sebelum ini.


"Bagi Dr Afif, kelayakan sebagai ADUN kerajaan negeri digantung serta merta sehingga keputusan muktamad mengenai statusnya dibuat oleh pimpinan PKR," katanya lagi.


Afif berkemungkinan dipecat oleh parti tidak lama lagi setelah didakwa menunjukkan sokongan kepada PN, termasuklah gambar di akaun Twitter miliknya yang memaparkan lambang Pemuda Negara PN.


Disebabkan pelucutan itu, kerajaan negeri membuat keputusan untuk melantik tiga ADUN angkat bagi menyelaras program dan mempermudahkan urusan kerajaan serta bertanggungjawab menyalurkan peruntukan di ketiga-tiga kawasan tersebut.


Tiga ADUN angkat tersebut adalah Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik yang dilantik sebagai ADUN angkat Teluk Bahang; Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dilantik ADUN angkat Bertam, manakala Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengambil alih DUN Seberang Jaya.


Pulau Pinang mempunyai undang-undang anti-lompat parti iaitu Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012 yang antara lain memperuntukkan ADUN yang keluar parti atau dilucutkan keahlian hendaklah mengosongkan kerusi.


Peruntukan ini turut terpakai kepada ADUN yang bertukar parti.


PH kini mempunyai 35 kerusi dengan DAP memegang 19 kerusi, KEADILAN (14) dan AMANAH (2) manakala blok PN terdiri daripada dua kerusi UMNO dan dua kerusi Bersatu, serta PAS dengan satu kerusi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page