top of page

PH perlu strategi mantap hadapi cabaran mempertahan Kerajaan Perpaduan



Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menghadapi beberapa siri ujian getir dalam tahun pertama pemerintahan.


Menurut supremo DAP, Lim Kit Siang, 6 ujian dalam tahun pertama itu akan menentukan kepanjangan hayat Kerajaan Perpaduan dan kejayaannya dalam melaksanakan manifesto menyelesaikan masalah rakyat.


"Persoalan utama yang berlegar dalam fikiran rakyat hari ini adalah sama ada kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim dapat bertahan selama lima tahun.


"Terdapat ujian kelangsungan hayat untuk Kerajaan Perpaduan Anwar ini dalam tahun pertamanya," kata Kit Siang dalam kenyataan hari ini.


Beliau membariskan 6 cabaran tersebut, iaitu Pemilihan Yang di Pertua Dewan Rakyat pada 19 Disember 2022; Kelulusan usul percaya terhadap Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri di Parlimen pada 20 Disember 2022; Perhimpunan Agung UMNO pada 11 hingga 14 Januari untuk melantik pimpinan baharu; Kelulusan Usul Menjunjung Titah Diraja semasa pembukaan Parlimen, yang merupakan dasar-dasar kerajaan untuk tahun tersebut; dan Kelulusan Belanjawan 2023


"Sekiranya Kerajaan Perpaduan dapat bertahan berhadapan lima ujian ini dalam beberapa bulan akan datang, kerajaan ini kemudian akan berhadapan dengan ujian keenam iaitu pilihan raya umum di enam negeri, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.


"Perikatan Nasional (PN) akan mencuba sedaya upaya untuk mencatatkan kejayaan di keenam-enam negeri ini untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan


"Malah, Pengerusi PN Negeri Sembilan telah mengumumkan yang PN negeri itu menyasarkan untuk menang sekurang-kurangnya 19 dari 36 kerusi DUN bagi membolehkan mereka membentuk Kerajaan Negeri," katanya.


Oleh itu Kit Siang berkata, PH tidak boleh memandang ringan ancaman PN tersebut sama ada di Negeri Sembilan atau di lima negeri lain.


Tambahnya, beliau mengalu-alukan pengumuman Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Saifuddin Nasution Ismail agar PH mengadakan jelajah bermula awal tahun hadapan sebagai persediaan untuk menghadapi pilihanraya di enam negeri yang belum membubarkan Dewan Undangan Negeri semasa Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.


Beliau juga menyokong kenyataan Saifuddin bahawa menjadi satu tanggungjawab yang “amat penting” untuk meyakinkan para pengundi di keenam negeri tersebut untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim yang dibentuk selepas PRU-15.


"Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow telah menjangkakan yang PH mungkin bakal kehilangan enam atau tujuh kerusi dalam pilihan raya negeri yang akan datang berdasarkan trend yang ditunjukkan dalam pilihan raya umum pada bulan lepas.


"Walaupun perkara ini tidak mengancam kawalan PH ke atas negeri tersebut, pegangan gabungan ini terhadap Pulau Pinang tidak akan menjadi sekuat sebelum ini," katanya.


Tegas Kit Siang, PH seharusnya sejak dari sekarang merangka program untuk memastikan supaya gabungan itu tidak kehilangan kerusi kepada PN. Sebaliknya, mencatatkan prestasi yang lebih baik di enam negeri tersebut berbanding dengan prestasi dalam PRU 15 sebelum ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page