PH perlu kempen undang-undang anti-lompat parti PRU 15 - AMK Pulai



Pakatan Harapan (PH) disarankan agar berkempen untuk meluluskan undang-undang anti-lompat parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang mungkin diadakan pada tahun ini.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulai, Faezuddin Puad berkata, agenda tersebut penting bagi meningkatkan sokongan rakyat yang tidak berpuas hati dengan ahli-ahli politik yang melompat parti selepas diberi mandat.


"Untuk berhadapan dengan PRU15, saya mencadangkan supaya KEADILAN dan rakan komponen PH dapat berkempen mengenai agenda anti lompat parti dengan memperkenalkan suatu undang-undang menghalang seseorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri daripada lompat parti.


"Sebagai contoh, sekiranya seseorang wakil rakyat lompat meninggalkan parti atau meletakkan jawatan dalam parti maka secara automatik gugur kelayakan sebagai Ahli Parlimen, tidak layak bertanding selama 10 tahun dan pilihan raya kecil perlu diadakan untuk melantik Ahli Parlimen yang baru.


"Dengan pelaksanaan undang-undang anti lompat parti, wakil rakyat tidak boleh melompat dengan sewenang wenangnya. Maka rakyat akan mendapat sebuah kerajaan yang kukuh dan keadaan politik negara lebih stabil. Pelabur pula pasti sangat senang dengan sebuah kerajaan kuat.


"Undang-undang ini juga akan mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem demokrasi berparlimen Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.


Untuk KEADILAN pula, beliau mencadangkan agar tapisan lebih ketat dilakukan sebelum seseorang ahli diterima sebagai calon pilihan raya atau pun pemilihan dalam parti.


Katanya, faktor kesetiaan perlu diutamakan selain tempoh keahlian.


"Melihat kepada keadaan semasa, selain saman RM10 juta yang telah dilaksanakan, saya mencadangkan supaya KEADILAN melakukan tapisan dengan tegas kepada setiap bakal calon yang ingin bertanding, sama ada jawatan dalam parti atau bertanding dalam pilihan raya.

"Misalnya mewajibkan setiap calon menjadi anggota parti melebihi 3 tahun atau melaksanakan apa jua program yang boleh menanam semangat dan ideologi Reformasi dalam diri setiap anggota," katanya.


Kepada yang telah berkhianat beliau mengingatkan bahawa rakyat memilih mereka dalam PRU 14 lalu bukan kerana populariti tetapi mahukan pembelaan dan kerajaan yang lebih berwibawa. Oleh itu, rakyat tidak akan teragak-agak menurunkan mereka dalam PRU akan datang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER