top of page

PH perjuang Bajet Responsif Gender untuk wanita dalam Belanjawan 2022



Pakatan Harapan (PH) melalui memorandum kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan PH bertekad memperjuangkan Bajet Responsif Gender (BRG) dalam Belanjawan 2022.


Salah seorang anggota perunding PH - Kementerian Kewangan, Fuziah Salleh berkata, BRG perlu ditumpukan untuk memastikan wanita yang kesusahan dan memerlukan mendapat bantuan secukupnya daripada kerajaan.


"Kita telah mengadakan beberapa libat urus. Ada melibatkan Menteri Kewangan YB Tengku Zafrul, ada juga jawatankuasa teknikal. Libat urus itu berbincang mengenai keperluan atau saranan dari PH berkenaan bagaimana kita harus membawa keperluan Belanjawan 2022.


"PH bawa dimensi gender dalam belanjawan itu. Contohnya kalau kita lihat tempoh pandemik Mac 2020 dan hujung September, golongan wanita paling terkesan. Dalam kes keganasan rumah tangga, kita dapati di mana kalau mereka pergi ke hospital, One Stop Centre (OSC) yang selalunya boleh buat pemeriksaan kalau mereka mengalami keganasan atau tidak. Sewaktu pandemik, terutama di hospital Covid, wanita tidak boleh dapat perlindungan. Kes yang ada aduan, pihak polis juga lambat ambil tindakan kerana Pegawai Penyiasat tidak mencukupi.


"Dalam belanjawan diletak beberapa cadangan untuk penambahan OSC, penambahan peruntukan pusat perlindungan.


"Perdana Menteri mahu penglibatan wanita lebih ramai di tempat kerja. Sekarang 55%, PM mahu mensasarkan 59%. Kalau kita mahu wanita bekerja kita perlukan sistem sokongan yang baik. Kita mahu diberikan bantuan untuk mendapatkan dana, tadika ditambah baik supaya ibu bila keluar bekerja mereka rasa tenang kerana mendapat penjagaan anak yang baik. Ada banyak kes anak ditinggalkan dengan pengasuh dan didera," katanya dalam temubual maya bertajuk: "Pelan Tindakan Gender Negara", malam tadi.


Menurut Ahli Parlimen Kuantan itu, PH mencadangkan sebanyak RM8 bilion untuk bantuan berkaitan BRG bagi memberi pembelaan yang berkesan kepada golongan wanita.


"Untuk isi keluarga B40, PH cadangkan tambahan RM8 bilion dan tentu sekali wanita terkesan, kalau Ketua Isi Keluarga Wanita maka dia lebih miskin dari lelaki. Ketua keluarga bukan sahaja ibu tunggal tetapi mungkin suami sakit terlantar dan sebagainya.


"Kita cadangkan RM45 bilion tambahan. Dalam perjumpaan dengan Menteri Kewangan kita beri pecahan cadangan, antaranya RM8 bilion untuk isi rumah


"Namun jumlah RM8 bilion ini, wanita boleh mendapat manfaat jika kita guna BRG. Kalau tidak dia terlalu sibuk menjaga orang yang disayang, dia tak ada masa tengok peruntukan, kalau orang tak cari, dia dia tak tahu cari bantuan.


"Katakan 100 bakul makanan, kita sepatutnya mencari ketua isi keluarga wanita itu," katanya.


Ditanya mengenai data wanita yang memerlukan agak sukar untuk diperolehi dan berpecah-pecah mengikut agensi atau kementerian, Fuziah bersetuju.


Katanya, kerajaan perlu mempunyai jawatankuasa khas bagi mengumpul data kesemua wanita yang memerlukan bantuan.


"Kita nak cari maklumat di mana? Kalau pergi database e-kasih yang mendaftar sahaja ada maklumat. Kalau pergi pusat zakat dapat sedikit data. Pergi Jabatan Kemajuan Masyarakat. Pergi ke sekolah, mungkin ada data ketua isi keluarga wanita. Berapa banyak agensi kita nak pergi?


"Dalam negara tidak ada sistem yang mengumpul data itu. Perlu diberi tumpuan cara baharu mengumpul data dan menguruskan data jika kita nak berjaya dalam proses BRG. Kalau tidak kita terkapai-kapai.


"Saya mencadangkan Menteri Kewangan wujudkan jawatankuasa beberapa kementerian. Di mana Kementerian Kewangan mengetuai agensi lain dalam pengumpulan data ini.


"Dalam kerajaan kena ada punca kuasa. Ada jawatankuasa antara kementerian dan diturunkan kuasa kepada Ahli Parlimen untuk kumpul data di kawasan masing masing. Kita akan lebih mudah untuk kita agihkan bantuan," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page