top of page

PH Perak tidak tergesa isi lantikan politik dalam GLC




Pakatan Harapan (PH) negeri Perak tidak mahu tergesa-gesa mengisi kekosongan lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu.


Pengerusi KEADILAN negeri, Chang Lih Kang dalam satu program ketika mengadakan lawatan kerja ke Ipoh semalam berkata, pihaknya sedang dalam proses perbincangan namun memerlukan lebih masa untuk memastikan individu yang dilantik benar-benar berpengalaman dan berupaya memberi nilai tambah kepada pembangunan GLC itu sendiri.


Chang yang juga Menteri Teknologi dan Inovasi berkata banyak faktor perlu diambil kira termasuk jawatan yang boleh diisi dan kelayakan individu dipilih.


"Kita belum ada lantikan lagi, tetapi saya boleh katakan proses ini sedang dijalankan dan diselesaikan dalam masa terdekat.


"Selepas mendapat senarai jawatan yang boleh diisi, kita akan bincang antara parti dahulu dan selepas itu barulah hantar senarai kepada menteri besar. Semua lantikan dan persetujuan adalah kuasa menteri besar.


"Proses ini ambil masa kerana kerajaan masih baru lagi, kita perlu beri ruang kepada semua parti untuk melantik orang yang betul-betul ada pengalaman," katanya ketika ditemui pemberita.

Media sebelum ini melaporkan, PH diberikan 65 peratus kuota untuk diisi ketiga-tiga komponen parti bagi semua jawatan lantikan politik di negeri ini dan selebihnya akan diisi BN yang merupakan gabungan di dalam Kerajaan Negeri.


Pada Februari lepas, kerajaan Perak meluluskan pelantikan 286 ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) berkuat kuasa sehingga 15 Februari tahun hadapan.


Pelantikan atas kuota politik di semua 15 PBT itu membabitkan 215 kalangan ahli majlis lelaki, manakala 71 lagi iaitu 25 peratus adalah wanita.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page