PH parti PMX, janji akan ditunaikan selepas PRN - Mustapha Sakmud
- Suara Keadilan

- 4 days ago
- 2 min read

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, menyeru semua parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah supaya berkempen dalam suasana sihat, matang dan menghormati prinsip demokrasi.
Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) tampil dengan calon terbaik untuk rakyat pada pilihanraya kali ini dan akan berkempen dengan teratur serta menghormati sentimen kaum.
"Kita harap supaya semua parti yang bertanding dapat bertanding dalam suasana demokrasi. Kita tampilkan calon kita dan berharap rakyat memilih yang terbaik," katanya ketika ditemui pada hari penamaan calon semalam, memberi sokongan kepada calon DUN N20 Api Api.
Selain itu, Mustapha berkata, pengundi seharusnya mengambil tawaran di mana sahaja kawasan PH bertanding kerana calon gabungan itu merupakan calon Kerajaan Madani dan dekat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX).
Katanya, mengundi calon PH memberi kelebihan langsung kepada rakyat kerana hubungan Kerajaan Negeri dan Persekutuan membolehkan isu setempat disampaikan terus kepada PMX.
"Jadi maknanya rakyat tidak rugi mengundi calon kita kerana di belakang beliau adalah kerajaan Madani, PM," ujarnya
Tambah beliau lagi, rakyat di DUN Api-Api berhak mendapat penyelesaian segera terhadap masalah setempat tanpa perlu menunggu janji pilihanraya yang tidak ditepati.
"Kita harap apa pun masalah di Api-Api akan dapat disuarakan terus kepada PM. Jadi saya harap kepada semua pengundi mengundi dengan bijaksana.
"Jangan terikat dengan sentimen yang kadang-kadang hanya bermain sekitar pilihan raya sahaja — selepas itu janji tinggal janji, tidak boleh buat apa," katanya.
Beliau menegaskan komitmen PH untuk memastikan kepercayaan rakyat dibalas dengan tindakan nyata dan pelaksanaan dasar yang pro-rakyat.
"Kami PH akan menunaikan janji seperti yang dibuat sekarang ini," kata beliau lagi.









Comments