top of page

PH nyatakan kebimbangan Akta 342 cadang tambah hukuman langgar SOP



Cadangan menambahkan hukuman dalam Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 atau Akta 342 kepada sesiapa yang melanggar Prosedur Operasi Piawai (SOP) diutarakan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Khairy Jamaluddin di Parlimen, hari ini.


Menurut Anwar, bantahan dari PH itu disampaikan secara lisan dalam pertemuan bersama Menteri Kesihatan tersebut.


"Saya baru menerima kunjungan dari Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah di pejabat saya tengahari tadi.


"Ini adalah selepas kami Ahli-ahli Parlimen menyatakan bantahan pada rencana kerajaan dalam mengekang wabak menerusi pindaan Akta 342.


"Dalam pertemuan tersebut, saya telah menyatakan kebimbangan dan keluhan rakyat berhubung langkah ini," katanya.


Sejak semalam, PH telah menyatakan penolakan mereka untuk menyokong RUU Pindaan Akta 342 dan tidak akan mengikuti Ahli Parlimen Kerajaan dalam meluluskannya pada bacaan kali pertama, dijangka petang ini


Sementara itu dalam perkembangan sama, Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil dalam hantaran twitternya turut menyatakan satu mesyuarat khas diadakan oleh Pengerusi PH mengenai langkah kerajaan mahu meminda Akta 342 itu tanpa libat urus PH


"Pertemuan tergempar untuk bincang cadangan Menteri Kesihatan buat pindaan tambahan kepada RUU pindaan Akta 342.


"Kami belum putuskan sokong atau tidak, bergantung kpd pindaan terkini," kata Fahmi sambil mengepilkan gambar pertemuan berkenaan.



Anwar memanggil mesyuarat tergempar berhubung Akta 342




コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page