top of page

PH Melaka tetap bawa pembubaran DUN ke mahkamah



Meskipun Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah diisytiharkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun Pakatan Harapan (PH) Melaka meneruskan tindakan undang-undang menyemak keputusan Gabenor Melaka, Tun Dr Ali Rustam membubarkan DUN berkenaan bulan lalu.


Menurut Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, PH Melaka akan meneruskan langkah membawa isu berkenaan ke mahkamah dalam minggu ini juga bagi membolehkan semakan terhadap proses, prosedur dan fakta pembubaran DUN itu dapat dilakukan.


"Kelewatan memfailkan kes ini adalah disebabkan oleh kegagalan pihak pengurusan DUN Melaka mengeluarkan atau menyerahkan Notis Pembubaran DUN Melaka Yang Keempat Belas secara rasmi kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sehingga kini.


"Pihak DUN Melaka hanya mengeluarkan surat penyerahan Warta Pembubaran DUN Yang Keempat Belas melalui surat bertarikh 15 Oktober 2021 yang diserahkan pada hari ini.


"PH Melaka akan terus menggunakan ruang perundangan bagi memberi sedikit ruang agar Kerajaan yang mempunyai keabsahan majoriti boleh dibentuk dan PRN tidak perlu diadakan," katanya.


Bagaimanapun menyedari SPR telah pun mewartakan PRN, maka menurut Adly, PH Melaka akan bersedia untuk memasuki pilihan raya dengan menurunkan jenteranya.


"Walau bagaimanapun PH Negeri Melaka akan tetap bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk PRN Melaka," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page