PH mahu Sabah, Sarawak dikembalikan kepada status 'rakan setara' dalam perjanjian 1963



Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 adalah asas pembentukan Malaysia yang mana dalam perjanjian itu menyebut Sabah dan Sarawak merupakan rakan setara dalam malaysia tetapi kemudian diturun taraf kepada negeri-negeri seperti dalam Semenanjung.


Bagi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, status MA63 sewajarnya dihidupkan kembali walaupun pindaan Perlembagaan gagal dilakukan pada era kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2019 lalu.


Ketua Penerangan MPN Sarawak, Abun Sui Anyit berkata, pengembalian status MA63 bagi Sabah dan Sarawak amat penting dan seharusnya menjadi agenda utama agar pembangunan serta kebajikan rakyat di kedua-dua negeri itu lebih terbela.


"Bersempena dengan Hari Malaysia Ke-58 pada 16 September, KEADILAN Sarawak membawa rakyat mengimbau kembali sejarah pembentukan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Singapura, Sabah (North Borneo) dan Sarawak pada tahun 1963 walaupun akhirnya Singapura keluar pada tahun 1965.


"Apa yang penting apabila kita meraikan Hari Malaysia, bukan sahaja kita meraikannya sebagai satu tarikh penting pembentukan negara tetapi untuk kita hayati dan hormati kembali hak-hak dalam perjanjian tersebut yang telah dipersetujui bapa-bapa pembentukan Malaysia yang telah menandatangani MA63 pada 9 Julai, 1963.


"(Dalam perjanjian itu) taraf Sarawak dan Sabah awalnya adalah rakan setara dengan Semenanjung tetapi diturunkan sebagai sebuah negeri sama seperti negeri-negeri di Semenjanjung pada 13 Julai 1976. Justeru, desakan demi desakan oleh generasi baru Sarawak kedengaran semakin lantang agar status Sabah dan Sarawak ini dikembalikan kepada asal sebagai equal partner dalam Malaysia," katanya.


Abun juga menggesa supaya pengembalian status itu menjadi keutamaan kerajaan selepas ianya terkandung dalam momorandum kerjasama Kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan tempoh hari.


Oleh itu, beliau berharap Menteri Undang-undang yang berasal dari Sarawak akan segera mendesak MA63 dijadikan agenda utama dalam sidang Parlimen yang akan datang.


"Walaupun usaha itu gagal pada pengundian di Parlimen 10 April 2019, tetapi PH masih terus setia memperjuangkan isu ini. T


"Terbaru, terpahat satu sejarah pada 13 September lalu di mana Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan telah ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan dan PH salah satu butirannya mencadangkan agar MA63 dimasukkan di dalam MoU tersebut seperti di perenggan 5.1. Semoga hal ini menjadi realiti.


"Justeru KEADILAN Sarawak menggesa Datuk Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Undang-Undang Malaysia yang berasal dari Sarawak mengambil peluang keemasan ini menyambut tawaran PH agar hak-hak Sarawak di dalam MA63 yang terhakis akan dikembalikan segera," katanya lagi.


Tambah Abun, kepada rakyat Malaysia, MPN KEADILAN Sarawak mengucapkan Hari Malaysia ke-58. Semoga Hari Malaysia yang disambut ini akan membawa bersama hak-hak Sabah dan Sarawak yang terhakis dikembalikan seperti semasa pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER