top of page

Amaran bubar DUN: PH Johor junjung amalan demokrasi, Raja Berperlembagaan


Pakatan Harapan (PH) Johor menyatakan komitmen tinggi terhadap amalan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di negara ini sebagai kenyataan balas kepada titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Dalam kenyataan bersama, PH Johor berkata akan terus menghormati prinsip-prinsip tersebut walaupun kerajaan negeri dilaporkan berdepan krisis perebutan kuasa dan memungkinkan pertukaran kerajaan berlaku sekali lagi.


"PH Johor mengambil maklum dan menjunjung kasih titah DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Al-marhum Sultan Iskandar, Sultan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor.


"PH Johor juga menyatakan komitmen terhadap amalan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang menjadi tulang belakang kepada negeri serta negara kita.


"PH Johor akan sentiasa berpegang teguh dengan prinsip-prinsip tersebut dalam mendepani apa jua isu serta situasi politik semasa," jelas kenyataan itu.


Kenyataan itu dibuat oleh Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.


Ia sebagai kenyataan balas kepada Sultan Johor yang bertitah akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), jika masih berlaku perebutan kuasa.


KENYATAAN SULTAN JOHOR


"Saya berasa amat kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku di negeri ini, apabila ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri mereka.


"Dalam keadaan rakyat yang sedang susah sekarang, mereka langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi derita rakyat.


"Saya tidak boleh tengok rakyat saya menderita, dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan. Saya telah bersumpah untuk menjaga dan membela nasib rakyat dan negeri saya pada setiap masa.


"Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta.


"Saya akan berikan peluang kepada rakyat negeri Johor untuk memilih wakil mereka yang baharu, dan saya harap kali ini pilihlah pemimpin yang betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat dan negeri, bukan untuk parti atau diri sendiri.


"Hadis Rasulullah SAW :

Rasulullah ditanya tentang mereka yang meminta untuk memegang kepimpinan lalu Rasulullah bersabda:

“Kami tidak memberikan kepimpinan kepada mereka yang memintanya, dan bukan pada mereka yang tergila-gilakan jawatan kepimpinan.”

(Sahih al-Bukhari, no: 7149)

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page