top of page

PH harus teguh, mara ke depan sebagai satu pasukan - Anwar Ibrahim


Mesyuarat Pakatan Harapan bersama Bersatu dan Warisan mencapai persetujuan bahawa sebarang strategi akan dilakukan secara bersama, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata, ini bagi memastikan PH terus kukuh sebagai sebuah pasukan dalam usaha untuk mendapatkan semula mandat rakyat yang dirampas oleh Perikatan Nasional (PN).


"Pembangkang harus teguh dalam pendirian.


"Sekarang kita ada 107 dalam kumpulan dan kita akan mara ke depan dalam satu pasukan," katanya menerusi akaun rasmi Facebook miliknya.


Mesyuarat Pakatan Harapan Plus merupakan pertemuan yang istimewa kerana buat pertama kalinya Anwar bersemuka dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan soal pelantikan jawatan Perdana Menteri dan peralihan kuasa kerajaan.


Anwar juga berharap penyatuan Pakatan Harapan Plus ini dapat menghentikan segala salah laku kerajaan PN yang sudah membebaskan dua penerima dan pemakan rasuah iaitu Riza Aziz dan Musa Aman.


"Untuk memastikan mandat rakyat dihormati, kecelaruan, pembobrokan dan rasuah itu dihentikan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page