PH harus lakukan undian terhadap permohonan RM100 juta hartanah Najib



Biar pun bekas PM Najib Razak dilaporkan menarik balik permohonan untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta namun tidak ada jaminan beliau tidak akan memohon semula.


Oleh itu, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menyeru agar ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menggesa diadakan undi belah bahagi di peringkat Jawatankuasa esok, bagi isu berkenaan.


"DAP mencadangkan Ahli Parlimen PH menggesa undian belah bahagi terhadap Jabatan Perdana Menteri di Parlimen pada Isnin bagi membantah keputusan Kabinet yang memberikan RM100 juta hartanah kerajaan kepada bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak, peruntukan Belanjawan 2022 yang tidak adil dan tidak mencukupi serta mengembalikan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) KL-Singapura.


"Walaupun Najib telah menarik balik permohonannya atas tujuan politik agar tidak menjejaskan sentimen pengundian pada pilihan raya negeri Melaka, tidak ada jaminan beliau tidak akan memohon semula nanti.


"Sama ada Najib membuat keputusan untuk memohon semula selepas ini untuk hartanah RM100 juta itu, keputusan asal Kabinet untuk memberikan kelulusan adalah salah dan mesti ditukar," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Guan Eng mempersoalkan ketelusan Jabatan Perdana Menteri yang mendapat peruntukan tinggi dalam setiap kali Belanjawan namun gagal mengagihkan peruntukan berdasarkan keperluan tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang khususnya untuk Sabah, Sarawak.


Selanjutnya undian belah bahagi, kata Setiausaha Agong DAP itu perlu dilakukan terhadap projek Kereta Api Berkelajuan Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.


"Undian belah bahagi perlu dilakukan untuk membantah Jabatan Perdana Menteri yang enggan meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura. Sebaliknya, kerajaan sekarang hanya akan membenarkan HSR berhenti di Johor Bahru dan menetapkannya semula sebagai HSR Kuala Lumpur-Johor Bahru.


"Ini adalah tidak praktikal dan tidak berdaya maju daripada segi kewangan kerana ia akan menafikan negeri Melaka, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan manfaat ekonomi yang bermakna daripada HSR yang berhenti di Singapura. HSR KL-Singapura telah dibatalkan bukan oleh PH tetapi oleh Kerajaan PN dan BN," katanya.


PH selepas menandatangani memorandum kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan cenderung meluluskan Belanjawan 2022, namun apabila sikap kerajaan yang tidak menjamin ketelusan dan akauntabiliti berterusan maka PH berasa perlu melakukan sesuatu dan menentang dasar yang merugikan dalam perbahasan peringkat kementerian, Belanjawan 2022 bermula Isnin.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER