PH dan Muda ada persefahaman, tidak perlu mengancam - Syed Ibrahim
- Redzuan Shamsudin
- Feb 20, 2022
- 1 min read
Updated: Feb 20, 2022

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu tumpukan isu rakyat, bukan lagi rundingan kerusi.
Hal tersebut ditegaskan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh bagi menjawab isu tiada kerusi diperuntukkan kepada Muda.
Katanya, sebagai pembangkang Pakatan Harapan (PH) dan Muda ada musuh bersama dan perlu bekerjasama untuk melawan.
"Kita ada kerusi masing masing, lawanlah. Yang ada sekarang Amanah (dan DAP beri) ada 6 kerusi kita bertanding sungguh sungguh, kempenlah.
"Saya balik pada prinsip. Kita ada kerjasama. Muda ada kerjasama dengan PH. Amanah dan DAP sebahagian dari PH.
"Tak perlu kenyataan, kalau kita tak ada rundingan dengan KEADILAN, kita akan langgar. Saya rasa itu tidak betul," katanya petang semalam.
Tambah Syed Ibrahim lagi, PRN memerlukan usaha bersama dan KEADILAN akan membantu jentera Muda di 6 kerusi yang ditandingi mereka.
Bagi Syed Ibrahim, Muda mungkin memerlukan kerusi selamat. Tetapi masa terlalu suntuk dan kerusi kerusi berkenaan telah pun menjadi tumpuan KEADILAN sejak sekian lama.
"Saya rasa mereka perlukan kerusi yang baik dan boleh dimenangi. Tetapi soal kita ialah semua orang kena kerja keras. Semua perlu ada jentera, strategi. Tak boleh menang hanya kerana kerusi semata mata.
"Kerusi menang atau tidak ini atas kertas. Kalau masuk PRN kita kena tengok strategi, jentera semua.
"Kita jangan terlalu lama dalam hal ini, kena tumpu masalah rakyat. Kalau kita terlalu lama dalam hal ini kita beri kemenangan mudah kepada lawan," katanya lagi.
Comments